Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

AYAM GORENG REMPAH ASTER | IKAN KEMBUNG BERLADO | SAYUR BROKOLI TUMIS


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

|Jumaat|24 Julai 2020|

===========
MENU LUNCH
===========

Hari ini lambat sikit masak tengahari sebab melawat kebun wak cem. Seronok afiqah dapat main buaian sambil makan buah duku langsat.

Plan hari ini nak goreng ayam lumur serbuk kunyit dan garam sahaja. Bila masuk dapur,  serbuk kunyit dah habis rupanya. Jadi Sis Aster batalkan niat yang ada.Terus ke mini nursery ambil biji kunyit. 

Jom masak ...bismillah..

Ikan sambal


1.
--------------------------------
AYAM GORENG REMPAH VERSI SIS ASTER
---------------------------------
Ayam goreng berempah

Bahan-bahannya
2 Ayam peha 
Kunyit hidup 
Halia
Ketumbar biji 
Garam secukup rasa

Caranya
Basuh ayam bersih. Kemudian tumbuk kunyit hidup ,halia ,ketumbar dan bawang putih . Perasakan dengan garam kemudian lumurkan pada ayam tersebut. 

Perapkan sebentar. 
Lumurkan dengan tepung Bestari. Kemudian goreng ayam dengan api yang sederhana.








P/S: Perlu berhati-hati untuk memastikan ayam masak luar dan dalam. 
anda juga boleh cuba kaedah lepas goreng masuk microwave. kadang bila kita goreng dengan api kuat isi dalam tak masih merah (tak berapa masak).

saya potong kepada portion kecil untuk memudahkan saya menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah.



2.
--------------------------------
IKAN KEMBUNG CILI BERLADO 
---------------------------------
Ikan berlado

5 ekor ikan kembung dibasuh bersih dan diperasakan dengan garam .
 Goreng sehinga garing.
5 cili besar
2 bawang putih
1 bawang besar merah
1 asam keping

caranya:-
Potong semua bahan goreng.
kemudian gorengkan sebentar (guna pakai minyak goreng ayam tadi pun boleh)
 kemudian kisarkan kasar.blender grinder (blender kasar tanpa guna air)
 Tumis semula ke dalam minyak tadi. Tumis sehingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula kelapa. masukkan asam keping. 

Goreng ikan kembung sehingga garing kemudian masukkan ya ke dalam cili yang telah dimasak tadi.


3.
--------------------------------
SAYUR BROKOLI TUMIS
---------------------------------
Tumis brokoli
Brokoli secukupnya
 baby jagung 
kubis
 ikan bilis 
1 bawang besar
1 bawang putih

Caranya
Potong bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang yang telah dihiris tadi bersama ikan bilis. Tumis hingga garing kemudian masukkan brokoli dan kubis serta baby jagung. masukkan sedikit air panas kedalam tumisan kemudian dah masak boleh tutup api.



---------------------------------------
Bekalan untuk Alisha dan Auni petang ini.



Bekal

Lauk hari ini dah tinggal sikit. Untuk dinner. Petang ini sis Aster nak masak mee Bandung versi ringkas dan cepat 🍜

💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞

Sis Aster 🌼🌻
Suka berkongsi masakan

Post a Comment

0 Comments