Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Biskut kek marble

Mungkin ada dikalangan kita pertama kali mendengar biskut kek marble. Mungkin ada dikalangan pengusaha bisnes kek marble boleh cuba guna cara ini untuk mengelakkan pembaziran. 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞


biskut kek marblle


ASAL USUL BISKUT KEK MARBLE

Semasa sis masih bersekolah rendah, mak sis suka ajak ke kedai kek Melayu. Mereka ada pengusaha bisnes kek marble dan pelbagai jenis kek lain.
Mak sis suka beli Swiss roll, ada masa mak beli kek juga.

Apa yang menarik perhatian sis ialah di kedai tersebut juga menjual biskut kek. Biskut kek mini jarang tidak didapati kerana tidak semua kedai kek menjualnya.
Mengapa dinamakan biskut kek? 
Kerana asalnya daripada kek yang tidak habis dimakan yang hampir tamat tarikh luput dipotong dalam potongan yang kecil dan dibakar garing.
Saya tidak tahu orang ramai menamakan apa untuknya. Saya sendiri menamakannya sebagai biskut kek marble.

-----
 Baru-baru ini sis ada buat KEK MARBLE atas permintaan anak-anak. Memandangkan kek masih ada separuh lagi untuk dihabiskan. Sayang pula jika dibiarkan begitu cendawan. Maka timbullah idea untuk membakar kek tersebut menjadi biskut. 
 
Jadi sebelum sempat berkulat kita bakar kek menjadi biskut.

 Kalau semua nak tahu,biskut kek ini sedap dicicah dengan susu putih. Rasanya manis , bila dicicah memang lemak rasanya 

Hari ini saya ingin kongsikan resipi bagaimana caranya untuk kita membakar biskut kek marble yang lebih tadi daripada dibazirkan atau dibuang begitu sahaja.

CARANYA 

Kek marble


Biskut kek
1- potong kepada bahagian yang lebih kecil.


Kek marble
2-Susun dalam loyang


Kek marble
3-bakar dalam ketuhar selama 15-20minit 170c bergantung kepada oven masing-masing.

4- Dah sejuk masukan dalam bekas kedap udara.

Pengusaha bisnes kek marble disarankan untuk mencuba cara ini. Pasti ada peminat kek yang sukakannya. Secara tak lansung dapat mengelakkan pembaziran.

Selamat mencuba. Moga bermanfaat 

Post a Comment

0 Comments