Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cempedak madu goreng rangup


Cempedak goreng ranggup

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞


Biasanya di Hulu Langat musim durian dan cempedak akan berbuah sekali.

Pengalaman pertama menikmati cempedak madu yang ditanam di hadapan rumah. Cempedak madu ini telah ditanam boleh arwah bapa mertua saya. Moga Allah memberinya sebaik-baik ganjaran syurga.amin.

Cempedak madu sangat manis dan lemak rasanya. Baunya pula sangat harum mewangi semerbak satu rumah. Harumannya pasti memikat dan terpikat. Serious sedap. Dijadikan hidangan petang pasti membuka selera seisi keluarga. 

Teknik menggorengnya juga harus kena dengan gayanya. jika tersilap langkah , pasti "makan minyak" orang kata.

bijinya juga sedap dimakan juga. pastikan digoreng bebetul-betul masak baru diangkat. Rasanya seperti buah berangan. Awas jika kurang lama menggoreng, rasanya akan menjadi kelat. 

Teringat zaman kecil dulu, makan cempedak goreng mesti sekali dengan bijinya. Kenyang sungguh menikmatinya. Mak kata tak baik membazir. hahaha..

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ.

Jom kita mulakan menggoreng cempedak rangup dan sedap.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Cempedak madu


Cempedak goreng ranggup


CEMPEDAK MADU GORENG RANGUP 

Oleh: Sis Aster

Bahan-bahan:

2 senduk tepung beras
2 senduk tepung gandum
1 sudu besar butter
1 biji telur ayam
Secubit serbuk kunyit sedikit sahaja
Secubit gula
Garam secukup rasa

Beberapa ulas cempedak madu secukupnya.

Cempedak madu


Cara 

1- Satukan semua bahan diatas dan gaul dengan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik.
Pastikan butter betul-betul sebati dengan dengan dengan bahan yang lain.
2- Celupkan cempedak madu ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan cempedak tadi disaluti tepung keseluruhannya. Semasa menggoreng masukkan cempedak. Untuk memberikan rasa yang rangup dan garing tinggikan sedikit tepung tadi supaya ia menghasilkan keropok ranggup yang garing.
3- Panaskan minyak. Untuk menggoreng cempedak madu serta menjadikan ianga ranggup dan garing sila gunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas supaya cempedak goreng tadi masak sekata dan rangup di luar.
4- Terbalik balikkan cempedak tadi dan angkat teruskan di atas tisu dapur atau penapis minyak.
5- Cempedak madu rangup sedap dinikmati ketika panas.


Si kecik pun suka menghidu baunya yang wangi dan harum.  

Jangan lupa baca bismillah dan doa makan. Moga bermanfaat dan selamat mencuba.


Post a Comment

0 Comments