بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
----------------------------------------------------------------
Bila suami baru balik masjid. Terus bertanya..
"abang lapar?" Tanyaku
"Lapar giler".. balasnya.
Sis pun terus melangkah masuk ke dapur. Masa suami di masjid lagi, fikiran ni dah ligat memikirkan menu nak masak untuk suami. Memandangkan lauk harini Alhamdulilah mendapat sambutan. Dalam fikiran terfikir nak hidangkan Mee Bandung. Lauk dalam tu pun dah tinggal kuah sedikit. Isinya anak² dah makan tadi.
So sis pun terfikir nak masak nasi goreng. Teringat udang yang suami beli tempoh hari. Terus keluarkan dan siapkan bahan².
Udang kalau mix dengan bawang putih memang rasanya merecik.. I like u..hahaha
Tapi sayang bawang putih dah habis.. hahaha
Jadi sis pun capai yang ada depan mata.
Tangan terus capai ikan bilis, 1 bawang biji merah , dan cili Siam. Timbuk bagi lumat betul.
Sebelum itu, udang sis basuh sebersihnya.
Panaskan minyak. Masukkan 🍤 udang. Pastikan warnanya bebetul2 kuning keorenan untuk pastikan udang benar2masak dan masukkan sedikit butter nak kasi wangi gittew..
Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sampai garing tau. Pecahkan 2 biji telur kacau then masukan dalam tumisan tadi sampai sebati... bila bau udang pun dah mula naik. Masukkan nasi.
Untuk nisbah nasi boleh agak² letak . Kalau banyak sangat nanti rasa tak padan dengan rencah yang dimasak. Rasa tak berapa sangat . Kita boleh lihat warna nasi . Kalau nampak ada.putih lebih tu kita boleh tahu nasi tu tak berapa sebati..eecheeewah.. pepandai je sis kan..haha.. pengalaman sis yang lepas2 gittew lagi.. biar masak sikit tapi habis licin..hihi
Lepas masukkan nasi putih gaul kasi rata kemudian masukan kicap. Letak sikit sahaja nak berikan warna nasi naik sedikit serinya..heheehe..
Rasalah sikit..kalau kurang masin bagilah garam sikit je..jangan banyak sangat ..sebab biasanya ikan bilis dah masin.. udang pun masin.. terlebih masin nnt tak sedap
Akhir sekali perasakan dengan AJI-SHIO LADA PUTIH. Yang ni optional. Ikut suka nak letak ke tak. Jangan banyak sangat nanti hilang rasa nasi goreng tu.. masukkan sayur kubis.
Nak tahu sedap ke tak.. mesti cuba resepi ni tau. Gerenti sedap....in Shaa Allah.
Nanti sis type semua resepi ringkas. Kesian pula Uolls nak baca cerita sis yang panjang lebar ni..,,🤣🤣🤣🤣
===================
0 Comments