Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Lempeng Kosong

Alhamdulillah ..malam tadi hujan turun sangat lebat di Hulu Langat ini. Pagi ini redup dan sejuk. Sedap tidur tapi sis Aster tak dapat melelapkan mata. Selepas anak² ke sekolah ambil masa rehat sebentar sambil update blog hari ini.😆😆😆

Lempeng simple



Cabaran Hari ini memasak tiada air. Perkara biasa selepas hujan turun kerana kami menggunakan air bukit yang diempang. Tunggu tengahari sikit nanti baru akan Ada.. sementara ini kita guna air tangki.

Hari ini ialah Hari Rabu. 22 Julai Anak-anak2020.  Tahap 1 ( Tahun 1-4) dah mula bersekolah. Anak² Saya tahun 3 & tahun 4 (Auni & Alisha). Mereka nampak bersemangat hari ini, jam 5 pagi dah bangun untuk mandi dan bersiap memakai pakaian sekolah.

Si Alisha menyempat lagi membuat latihan MATEMATIK. Selepas abi pulang daripada masjid. Sempat lagi dia meminta abinya mengajarnya.
Sementara itu,mami di dapur menyiapkan sarapan lempeng.

Hari ini sis Aster masak lempeng kosong yang sangat mudah disediakan. Memandangkan Kuah Kari ayam masih Ada. Elok sangatlah kita cicah bersama lempeng kosong.

Sis Aster pernah juga kongsikan resepi lempeng mudah di blog sis yang lama. Nanti sis berikan pautan untuk rujukan dan panduan sebagai kenangan di sini..hehehe.
BLOG: RESEPI LEMPENG SIMPLE


Jom kita mulakan..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

RESEPI LEMPENG KOSONG MUDAH

Oleh: Sis Aster


Tepung gandum
                            2 cawan tepung gandum

Tepung
                                     2 cawan air

Masukkan susu pekat
                  2 Sudu besar susu besar pekat manis

1 sudu buttercup
                         1 sudu besar buttercup

Garam
                                1 sudu garam 


                         
Telur ayam
                                1 biji telur ayam


                       
Masukkan esen vanilla
3 sudu besar minyak (masukkan last sikit demi sedikit)

Masukkan semua bahan kecuali minyak masak .mix  selama 5 minit. Saya gunakan mixer dengan kelajuan paling tinggi (sis Aster pun nak kejar masa)🤣🤣🤣🤣

Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit.


                                ==========

CARA PENYEDIAAN Lempeng berdasarkan gambar.


Adunan
Campir semua kecuali minyak. 
Minyak letak Akhir sekali (sikit demi sikit)

Adunan
Putar pelan dulu


Pukul adunan
Baru pukul lajunya sampai 5 minit


Adunan
Masukkan minyak sedikit demi sedikit

Rehatkan adunan
Hasil lepas 5 minit

Adunan lempeng
Banyak lubang udara yang terhasil🤣🤣🤣


Diamkan kejap sementara itu boleh panaskan kuali.

P/s: ayak tepung jika mahu dapatkan stuktur yang lebih lembut. 
P/s:- kalau suka yang kembangkan boleh letak soda baking.. kami suka leper jer.. next time boleh Cuba letak..☺️☺️😋😋


=================
CARA MEMBUATNYA:-
=================

Kuali leper
1. Panaskan kuali leper. Kalau Ada kuali non-stick lagi baik.


Kuali leper
2. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Untuk permulaanya biasanya kuali akan melekat. Jadi sebaiknya letak sesikit minyak dan sapukan dipermukaan kuali keseluruhan. Pastikan api bebetul2 panas sederhana. Jika tidak berapa panas. Lempeng lagi mudah melekat. Jika kuali terlalu panas. Lempeng akan kehitaman.

Panaskan minyak
Ratakan minyak pada permukaan kuali.

Lempeng
3. Letakkan 1 adunan tepung dan pusingkan membulat. Pilih senduk yang anda selesa memakainya. (Nanti Saya sharekan video dalam YouTube). Nnt Saya bagi pautan/link.


Lempeng
Tuang

Lempeng
Pusingkan membulat beberapa kali


Lempeng
4. Tunggu lempeng garing. Kemudian terbalikkan untuk garingkan permukaan yang Satu lain

Lempeng

Lempeng

Lempeng
                           5. Siap untuk dihidangkan.


Lempeng ini mudah nak buat sebenarnya cuma ambil masa nak masak dan tunggu kerana perlu buat satu persatu sehingga selesai.

Sementara nak tunggu masak kita boleh masak air kemudian buat air untuk anak² sarapan nanti.

Sempat juga menjadi bekal untuk anak bersekolah hari ini. Alhamdulillah 

Tumbler
Botol air baru. Sebab botol air sebelum semua dh pecah. Dengarnya cerita Amin awal tahun. Dia kata dia letak di koridor kelas. Kebetulan bekas air terjatuh terus masuk tong sampah besar. Dia cerita sambil gelak². Mami yang dengar cerita ni nak tepuk dahi sendiri. Tak tahula nak gelak ke nak sedih.. oh anak²...

Botol air tu pun hadiah SUKMES tahun lepas. 
Sedih tahun ini tiada Sukan SUKMES Hulu Langat kerana COVID-19.


Bekal
Amin bawa lempeng Kari
Alisha bawa lempeng Kari
Auni bawa lempeng Kari
Ammar nak lempeng susu

Lempeng
Lempeng anak²

Tisu
SOP kata suruh bawa Kain untuk lap meja lepas makan. Buat Masa ini pakai tisu dulu la ya..


Sekolah sesi 2020

Anak bersekolah selepas PKP
Hayya bill jihad!

Clip ikea
Penyepit Ikea juga yang sesuai.
Nak beli benang kait tapi harga 1 cecah rm8-rm15. Belum masuk Kos pos. Kalau hilang sayangnya..huhu

At last ikut idea nenek pakai penyepit IKEA.
Suap tulis NAMA ANAK di belakang penyepit.

Mami awalnya nak pakaikan getah.
Kang putus di sekolah lagi haru cikgu nak betulkan. Lagi si ammar budak prasekolah.. 🤣🤣🤣

Biasanya balik sekolah Mami Tanya Amin.. 
"Amin.. Ada take murid lain pakai penyepit macam amin"
So far..dia akan balas "belum Ada"...
🤣🤣🤣🤣🤣







Post a Comment

0 Comments