Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

CARA MUDAH MEMBUAT BAJA DI RUMAH

Bagi surirumah aktiviti menanam pokok amatlah menyeronokkan. Ianya seolah-olah berkebun di rumah. Hanya menanam sayur-sayuran yang memudahkan suri rumah untuk tinggal petik dan terus dimasak. Secara tidak langsung ianya juga dapat mengurangkan belanja dapur rumah.


Berkebun dari rumah
Berkebun di rumah juga memerlukan penjagaan yang rapi ia memerlukan tanah yang subur serta penjagaan yang baik. Penjagaan yang baik merujuk kepada baja yang digunakan serta racun yang digunakan untuk mencegah tamanan daripada serangan serangga.

Berkebun dari rumah

Berkebun di rumah juga memerlukan kos. Biasanya kos bergantung kepada cara kita menyelenggarakan tanaman kita. Kita juga boleh kurangkan kos dengan menggunakan bahan yang terpakai serta bahan yang boleh kita guna sendiri atau guna pakai bahan yang ada disekitar kita. Dalam erti kata lain, tanpa perlu berbelanja lebih disamping dapat menuai tanaman yang baik dan subur. Pasti kita suka terutamanya suri rumah.

Di sini suka saya untuk kongsikan cara membuat baja paling mudah di rumah. Kita boleh dapatinya setiap hari kerana kita melakukannya setiap hari untuk memasak.

Saya ingin kongsikan cara mudah dan jimat membuat baja dengan menggunakan bahan yang kita guna sehari-hari dan tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

----

MEMBUAT BAJA SENDIRI DENGAN KOS YANG MURAH


Air basuhan beras


Air basuhan beras

Cara membuat baja yang paling mudah kerana anda memasak nasi hari-hari. Selepas membasuh beras,anda boleh asingkan basuhan air besar bertujuan untuk menjadi siram untuk tanaman anda di rumah.

Air basuhan ikan/ayam

Berkebun dari rumah

Lebihan air basuhan ikan dan ayam juga boleh dijadikan baja bagi tanaman anda. Airnya anda boleh gunakan untuk menyiram tanaman anda.

Baja roti

Cara nak membuatnya sangat mudah. Roti yang belum expired dalam erti kata lain roti yang masih baik dan elok. Bahan yang diperlukan hanya sekeping roti yang masih baik dan 1.5 liter air mineral/air hujan. Untuk posting akan datang nanti sis tunjuk caranya ya.

Baja organik/ Baja Kompas

Hampir setiap hari pastinya kita akan membuang sisa makanan. Sisa makanan pun sahaja lebihan yang kita makan tidak habis. Ianya juga boleh merujuk kepada bahan sisa buangan makanan seperti kulit bawang, sisa sayuran, sisa ayam/udang/daging/ikan/sotong hatta kulit telur pun boleh dijadikan sebagai sebagai baja. Daripada terbuang begitu sahaja menjadi sampah. Apakata kita jadikan ia sebagai baja kompas. Disamping dapat membantu negara mengurangkan masalah sampah basah dinegara ini. Kita gunakan untuk membuat baja organik. Lebih jimat dan mudah. 

Boleh lihat link ini


Ini antara tanaman yang saya semai dari benih dan saya hanya siram guna baja organik antaranya air basuhan beras.
Air basuhan beras

Saya harap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya suri rumah. apa yang pasti kita akan tersenyum gembira apabila melihat Hasil tanaman kita tumbuh dengan baik dan hasilnya dapat kita makan dan masak serta makan bersama keluarga tersayang.



Post a Comment

0 Comments