Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jjajangmyeon or Mee hitam korea

Bismillah.

Mee korea


Jika anda meminati cerita Korea terutamanya Running Man, pasti anda akan dikenalkan secara lansung dan tidak lansung dengan budaya dan makanan Korea. Kadang rasa terliur juga bila melihat mereka makan, nampak sedap dan menyelerakan cara mereka makan.😌😌😌. 

Antara mee yang saya teringin nak cuba adalah mee Jjajangmyeon or Mee hitam korea. Malam ini lepas suami balik masjid tiada buah tangan. Lauk Cencaru bakar pun dah habis. Saya pun terus keluarkan ayam untuk di defrostkan. Memandangkan dirumah  ini ada mixer grinder lagi memudahkan saya untuk membuat daging ayam cincang. Pada saya menu yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.

Saya mengambil cara paling mudah dengan menggunakan pes Jjajangmyeon sahaja. Product ini adalah product Malaysia. Saya pernah cuba product ini semasa mengandung anak no.5. masa itu packing lain sedikit. Keluaran yang terbaru ,ia menggunakan tin. 


Jika anda tak pernah memasak masakan Korea, anda tak perlu risau kerana hanya anda perlu ikut resepi yang disarankan pada label luar tin. Cara memasak juga disertakan. Sangat mudah cuma nak kena rajin masak sahaja..hehe




Untuk resepi ini saya guna spageti. Biasanya untuk mee Jjajangmyeon or Mee hitam korea ini menggunakan mee labu. Saya ada order pada suami mee labu tempoh hari, jenuh dia keliling pasaraya menjadi mee labu dan akhirnya dia membeli mee dan labu..gelak besar bila sampai rumah..hahahaha. I love you ya Habibi Zauji.😘

Jomlah kita mula memasak

Bahan

Bahan mee

Spaghetti secukupnya yang telah dimasak dan ditoskan airnya.

Bahan kuah

Bawang besar /bawang Holland potong dadu

Pes jangjangmeon ( saya guna setengah tin sahaja, versi jimat sebab sayang nak guna semua 😆😊🤗)

 Isi ayam cincang.

Kalau ada kentang, lobak boleh masukkan. Tapi saya nak ringkas dan cepat saya tak letak.


Caranya

1. Rebus spaghetti sampai lembut kemudian toskan. Tepikan sementara waktu.

2. Potong dadu bawang merah/Holland. Potong kentang/lobak/ jika ada.

3. Panaskan minyak, tumis bawang sampai naik bau kemudian masukkan ayam yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga ayam masak.

4. Masukkan spageti tadi kemudian masukkan letakkan pes Jjajangmyeon  (ikutlah nak banyak mana sesuai dengan spageti yang dimasak). Saya hanya guna separuh tin sahaja sebab sayang nak habiskan semua.

5. Bancuhkan tepung ubi kemudian masukkan ke dalam kuali yang berisi pes dan mee.

6. Gaul sebati , perasakan dengan garam.

7. Siap untuk hidangkan.

1 tin pes Jjajangmyeon or Mee hitam korea ini sesuai untuk hidangan 5 orang. Rasa pes tak berapa pedas, anak-anak boleh makan. 

Dalam pes ini juga anda akan nampak seperti kacang soya yang berwarna hitam. Untuk adalah bahan utama pembuatan kuah pes Jjajangmyeon or Mee hitam korea ini 

Yang tak berapa suka kenyal-kenyal sangat , anda tak perlu letak banyak tepung ubi atau tak perlu letak lansung tepung ubi. Nanti kuah anda akan nampak berkuah cair  dan tidak terlalu pekat dan melekat.

Apa yang saya perasan cara antara budaya melayu dan Korea,kita biasa menggunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah, berbeza dengan orang Korea mereka lebih suka menggunakan tepung ubi.

Mula-mula saya cuba masak guna pes ini saya tidak meletakkan lansung tepung ubi. Rasa masih sama cuma beza berkuah dan kurang berkuah sahaja.

Korang yang belum pernah cuba mee Jjajangmyeon or Mee hitam korea ini mesti cuba. Pada saya sedap, anak-anak saya pun pandai makan. 

Oklah, lepas ini tak perlulah bersusah payah untuk ke Korea semata-mata untuk menikmati hidangan mee Jjajangmyeon or Mee hitam korea ini. Pes yang tersedia ada ini adalah BUATAN MALAYSIA. Dijamin HALAL dan BAIK. Oh ya.. harganya rm18 sahaja untuk 300gram. Berbaloi sangat anda tidak perlu beli tiket beribu-ribu untuk memakan satu hidangan mee jangjangmeon kecuali jika anda ingin Korea berjumpa Joongkok. Hehe

Makanan ini pun diperkenalkan oleh adik ipar yang merupakan ejen pes Jjajangmyeon or Mee hitam korea. Boleh contact +60173623928 (Shiqin Ghazali).

Nak direct ke shopee klik di sini https://shopee.com.my/shiqinghazali

Akhir kata, selamat mencuba dan cuba boleh komen dan share Jika pernah makan. Mee Jjajangmyeon or Mee hitam korea . Terima kasih.😋😍




Post a Comment

0 Comments