Bismillah.
Sepanjang PKP inilah masakan yang paling disukai anak-anak. Nak memasaknya agak makan masa,tapi berbaloi bila sekali dengan ikan sambal. Masa memasak dapat dijimatkan.
Kentang goreng ini nampak biasa-biasa je. Tapi kalau kena dengan gaya cara memasaknya. Sebalang boleh habis sekelip mata.
Jom kita tengok resepinya
RESEPI KENTANG PEDAS RANGGUP
Bahan A
5-6 ubi kentang
Bahan B
5-7 tangkai Cili besar merah 1 bawang besar
2 ulas bawang putih
potongan kecil halia (jangan banyak sangat nanti pahit)
Bahan C ( bahan tambahan)
Ikan bilis
Kacang tanah
Caranya
1.Basuh dan buang kulit kentang.
3. Rendamkan kentang tadi ke dalam air cuka selama 15minit bersama sedikit garam
4.goreng dengan minyak yang panas.
5. Bahan tambahan , jika suka ikan bilis dan kacang tanah. Goreng bahan tersebut sehingga masak dan garing. Ketepikan dan toskan.
=====
Cara membuat sambal
1- kisar halus bahan B
2- Tumis bahan kisar sehingga garing.
3- Perasakan dengan 2 sudu besar gula.
4- Bila warna sambal dah agak gelap. Boleh matikan api.
5 - Masukkan kentang bersama ikan bilis dan kacang tanah ke dalam sambal yang telah disejukkan.
6- Sedia untuk dihidang.
Tips
1- semasa menumis sambal, pastikan sambal kering dan garing. Boleh masukkan air kemudian tumis sehingga kering dan masukkan air lagi.ulang sebanyak 3x untuk mendapatkan hasil yang baik.
2- Untuk mengetahui adakah sambal itu sudah masak dalah dengan melihat pada warna sambal. Jika bewarna gelap, kira dah masak.
3- Pastikan sambal sejuk sebelum dimasukkan kentang kerana sambal yang panas akan menyebabkan kentang kembali lembik dan kurang ranggup
Jika ada rasa resepi ini mudah dibuat mohon kongsikan kepada rakan dan keluarga anda.Terima Kasih.😘
0 Comments