Bismillah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Alhamdulillah. Hari ketiga PKP 2.0 yang mendung dan cerah juga pada waktu petang.
Untuk aktiviti hari ini tak banyak yang kami sekeluarga lakukan.
Memandangkan malam tadi si kecik Amany demam panas tidak batuk dan selsema. Tak tahu punca kenapa kenapa. Mungkin sebab mandi kolam dan tertelan airnya sekali menyebabkan dia demam panas. Namun dia sangat aktif dan lasak waktu siang. Bila malam meragam. Saya usahakan minum air asam jawa sebab Amany masih menyusu badan. Kemudian jerami atau sirami sedikit air perahan asam jawa yang telah kita ramas untuk diletakkan pada bahagian yang panas. Ini adalah petua serta amalan orang tua-tua.Saya juga berusaha memberikannya ubat demam homeopati. Disamping itu, berdoa kepada Allah supaya Allah sembuhkan demamnya. Alhamdulillah.. pagi ini dia dah mula beransur sihat.
Aktiviti Berkebun Hari ketiga PKP 2.0
Saya memindahkan pokok salad yang ditanam di hydrophic untuk dipindahkan ke tanah. Memandangkan salad semakin besar dan berakar jadi tidak sesuai untuk teruskan tanam di bekas hydrophic. Sayang untuk dibuang kerana pokoknya masih baik dan elok. Jadi saya merasakan perlu pindahkan ke Bed Garden di Section B supaya kami boleh menikmati salad sepanjang tahun. Saya dan suami pernah melawat di D'Cangkir Cafe di Dusun Tua Batu 16, Hulu Langat. Di sana mereka juga menggunakan tanaman bed garden. Yang menarik minat saya adalah salad yang mereka tanam telah hidup hampir setahun. Puas makan kata mereka. Pokoknya pun makin besar dan meninggi tanpa daun dan batangnya semakin membesar bukti menunjukkan umur salad.
Selain itu, saya juga memindahkan pokok sawi, pokok daun sup, ketumbar, cili Siam, anak bunga matahari, kailan, tomato dan bunga aster ke Bed Garden. Kakak Aishah Alisha juga memindahkan pokok lobak supaya tumbesaran lebih besar dan baik.
Saya juga sempat membersihkan dengan mencabut rumput serta memindahkan pokok jagung yang menghalang laluan jalan. Kami suami isteri setuju meletakkan karpet tiruan untuk membantu membantutkan pertumbuhan rumput.
Biasanya rumput akan tumbuh dengan cepat. Jika baja yang digunakan untuk pokok kebanyakkan akan diserap juga oleh rumput. Untuk melihatnya keberkesanan baja lihat sahaja pada tumbesaran rumput. Jadi dengan meletakkan karpet rumput tiruan dapatlah mengurangkan kerja-kerja mencabut rumput.
Karpet tiruan yang dibeli sebenarnya untuk kegunaan lain memandangkan karpet yang sampai tidak seperti yang diharapkan. Kami suami isteri bersetuju meletakkannya di kawasan tersebut.
Hidangan tengahari
Bila suasana diluar masih mendung, kami membuat kerja sampai leka tak perasan hampir tengahari. Biasanya hari ini Jumaat saya akan masak tengahari awal. Bezanya hari ini , awal lagi saya sudah memasak sebungkus mee daging untuk dijadikan sarapan pagi serta alas perut sehingga tengahari.
Daging tumbuk masak dendeng.
Atas permintaan kakak Aishah sebab dia rajin, mami pun masakan daging kesukaannya. Resepi nanti kita kongsikan ya
Saya juga ada memasak Jangat (kulit lembu) masak lemak dan kerabu pucuk paku. Menu yang sama seperti semalam untuk menghabiskan stok pucuk paku sebelum ianya hitam kelayuan.
Alhamdulillah.
0 Comments