PENGENALAN
Pokok betik sangat mudah di dapati Malaysia. Ianya sejenis pokok yang mudah hidup di kawasan tropika. Betik mempunyai rasa yang lazat, manis dan bersari. Pokok betik mempunyai batang tinggi dan mempunyai daun berurat.Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 8 meter atau lebih.
Menurut buku Rahsia Herba , penulis berpendapat pokok betik tidak dapat hidup lama. Pada pendapat saya pula, betik boleh hidup lebih 10tahun. Saya kongsikan pengalaman abang ipar menanam pokok betik pada tahun 2010, dan pokoknya masih berbuah sehingga kini. Memandangkan dahan batang pokok betik yang ditanam pernah patah kerana serangan monyet. Lama kelamaan pokok ini tumbuh bercabang. Pernah sekali saya melihat ianya menjadi 3 cabang. Manakala buahnya pula semakin kecil. Apabila pokok betik tumbuh semakin tinggi, ia akan menyukarkan proses untuk memetik buah.
Daun betik berwarna hijau. Bentuk daunnya berbentuk lebar dan kelihatan seperti jari runcing dan berurat.
Apabila tangkai daun gugur, batang pokok betik akan meninggalkan kesan seperti bongkah berbentuk segi tiga pada batang pokok betik. Manakala akarnya lembut dan tidak bertunjang. Walau bagaimana pun akarnya mampu memecahkan simen jika ditanam berdekatan rumah.
Betik mengeluarkan bunga berwarna putih yang cantik. Bunganya sedap mata memandang serta dapat menarik minat si kelelut kecil untuk menghisap madunya. Selepas berbunga, biasanya buah akan mula berputik. Jika putik bunga rosak, warnanya akan bertukar kekuningan dan menghitam kemudian ianya akan mula luruh kerana serangan haiwan perosak seperti siput babi.
Buah betik mempunyai kulit yang nipis. Ia berwarna hijau ketika muda dan kemudian bertukar menjadi kekuningan atau jingga setelah masak.
Ada masanya buah betik kelihatan hijau diluar tetapi masak didalamnya.
Warna seperti ini sedang elok untuk dituai.
Buah betik masak sepenuhnya.
Ada petua orang tua lama mengatakan jika mahu memetik buah betik sebaiknya kuning kehijauan sedikit kerana apabila buah dipetik terlalu masak (berwarna jingga seperti gambar di atas) rasa manis buahnya akan berkurang. Anda harus cuba sendiri untuk mendapat kepastiannya. Saya pernah mencubanya ada masanya ia manis ada masa ianya kurang manis mungkin bergantung kepada jenis betik.
Tanda buah betik masak dapat dilihat melalui warna kulit luar betik. Ada yang berwarna hijau keorenan dan kuning apabila masak.
Isi buah betik biasanya berwarna kuning kemerahan atau jingga. Manakala di ruang tengah kelihatan berbucu lima seperti bintang. Walaubagaimanapun setiap jenis betik berbeza sifatnya walaupun 1 pokok yang sama. Biji betik biasanya berwarna hitam berwarna hitam atau kelabu yang diseliputi lendir yang melekat di dinding ruang tengah buah.
Khasiat /Kegunaan
Pokok betik mempunyai khasiat yang banyak bermula dari akar, daun dan biji.
Menurut buku Rahsia Herba, buah betik terbukti mempunyai vitamin C yang lebih tinggi berbanding limau. Selain itu, buah betik mempunyai serat, kalium dan magnesium yang tinggi serta merupakan sumber folat yang baik tetapi tidak mengandungi lemak.
Buah betik juga kaya dengan kalium, kalsium, besi , tiamin, riboflavin, biasan, karotena dan flavonoid sehingga mempunyai sifat anti kanser.
Enzim yang terdapat dalam buah betik juga mampu memecahkan serat sisa makanan yang membantu melancarkan proses perkumuhan. Buah betik amat berkesan dalam mengubati usus yang luka dan melegakan demam jika diambil secara rutin.
Daun betik juga boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Biasanya ianya direbus dahulu sebelum dimakan. Rasanya yang agak pahit. Khasiat daun betik dapat melegakan sakit perut dan mengatasi masalah selera makan. Dengan mengamalkan memakan daun dan bunganya (biasanya diperolehi daripada pokok betik jantan) dapat mengelakkan
penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Getah betik juga dapat dijadikan ubat. Jika anda tercucuk duri, titiskan getah betik di tempat luka dan biarkan seketika. Lakukannya berulang sehingga duri timbul dipermukaan kulit.
Khasiat biji betik dapat membantu masalah kecacingan dalam perut manakala akar betik dapat menyembuhkan jangkitan saluran kencing dan bekas gigitan ular. berbisa. Rasa biji betik ini sangatlah pahit.
Resepi yang berkaitan betik
Ulam betik
Biasanya yang menyukai ulaman berasa pahit. Ambil bunga dari pokok betik jantan dan pucuk muda pokok betik. Rebus seketika. Boleh tebus bersama dengan pokok daun kaduk untuk menghilangkan rasa pahit. Mak dan mak mertua saya biasa amalkan petua ini.
Pokok betik jantan yang mengeluarkan bunga sesuai juga dibuat kerabu. Boleh campur dengan sayuran lain untuk menghilangkan rasa pahitnya. Yang pahit itu ubat
Sayur tumis betik atau lemak betik
Saya mengenali sayur tumis betik ini daripada bibik kakak ipar. Untuk makluman tambahan , saya tiada bibik ya. Hahaha.. resepinya ambil betik muda yang masih hijau yang hampir masak (keras). Sagat halus. Tumiskan dengan bawang merah yangtelah ditumbuk bersama cili api dan iblis/udang kering. Kemudian masukkan betik yang telah disagat. Jangan terlalu lama nanti terlalu lembik.
Manakala untuk masakan lemak. Cara yang sama tumbuk bawang merah bersama cili api dan ikan bilis/udang kering. Tumis sampai naik bau kemudian masukkan santan dan buah betik yang dipotong 4 segi (macam potong nak masak lemak labu). Dah mendidih tutup api.
Jeruk betik
Resepi jeruk betik yang paling senang. Beli asam yang ready to eat. Cicah terus makan. Yang penting pemilihan betik tidak terlalu masak. Pilih yang lembut sedikit tetapi tidak terlalu keras. Biasanya dalamnya sudah nampak keorenan sedikit. Rasanya ranggup bila memakannya..
Kalau nak buat jeruk MCM jeruk Pak Ali.
Perlu rendam dengan cuka. Nak sedap pakai cuka kurma, letak madu/gula. Garam sikit. Masukkan betik yang dipotong sederhana nipis. Peram sampai rasa sebati.
Galeri Betik
Buah betik mudah diserang penyakit putih.
Cara mengatasinya boleh sembur dengan cuka kayu.
The best view yang paling saya suka dilaman sendiri.
Anak pokok betik
Betik panjang rumah mak.
Betik jenis bisek (jantan +betina)
Pokok betik jantan.
Biasanya menghasilkan bunga sahaja. Sesuai nak buat ulam atau kerabu. Rasanya pahit-pahit gitu..
Bersusun-susun.
Alhamdulillah.
Pokok betik paling rendang. Senang nak petik.
Betik rumah mak jenis panjang. Rasanya pun sangat manis. Warna dalamnya oren. Alhamdulillah.
Ni pun jenis bisek.
Jantan + betina.
Berbunga dan berbuah
Kejayaan seorang petani adalah apabila hasil tanaman yang diusahakan berhasil dengan baik. Alhamdulillah.
Dalam satu pokok ini. Ada juga terselit bentuk betik bulat walaupun buah betik lain bersifat lonjong. Subhanallah! Indah ciptaan Allah.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang Allah jadikan mahluk berakal. Kajilah setiap tumbuhan yang Allah jadikan. Saya sarankan tanamlah betik dirumah anda. Setiap yang Allah berikan pasti ada penawarnya. Allahu'alam.
0 Comments