Alhamdulillah. Samosa daging telah menjadi santapan minum petang kami seisi keluarga pada petang semalam. Hari ini kami juga bersarapan samosa daging Frozen. Alhamdulillah.
Untuk resepi kali ini, saya gunakan daging korban. Saya kisar menggunakan grinder. Kami jarang beli daging. Biasa masak apa yang ada sahaja. Stok daging korban masih ada. Alhamdulillah.
Sebenarnya lama benar tak buat samosa ini. Biasa saya buat guna inti daging atau ayam. Semalam anak-anak memuji-muji kesedapan air tangan mak mereka. Alhamdulillah saya kata. Saya berapa sengaja buat tak berapa pedas. Jadi mungkin anak-anak sukakan rasanya. Sejujurnya bila saya penat memasak, saya hilang rasa selera nak memakan masakan sendiri. Mungkinkah anda pun begitu? Sila komen jika mengalami keadaan yang sama.😉
500gram daging kisar / ikut berapa yang ada pun boleh. Saiz sederhana Bawang Holland @ bawang besar (memandangkan musim covid ni bawang Holland lagi murah dari bawang lain, saya guna pakai stok yang ada) 2 ulas bawang putih Sos lada hitam Adabi Sos cili Sos tomato Sos tiram Ramuan tambahan (jika tak letak pun tak apa) * perisa serbuk cendawan / serbuk AJI-SHIO
Sayuran
Lobak secukupnya (dipotong dadu) Cendawan kememer ( terpulang, tak letak pun tak mengapa)
Cara membuat inti samosa daging
1. Kisar daging lembut 2. Potong dadu kecil bawang dan bawang putih. Kemudian tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar 4. Letakkan dengan 2 sudu sos cili , 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos tiram , 2 sudu sos lada hitam . 5. Masukkan lobak dan cendawan kememer. 6. Masukkan sedikit air, masak sehingga air tadi berkurang dan pastikan tumisan tadi masak dengan sebati.
Cara melipat samosa
1. Potong kulit popia 2 kali. Jadi anda akan dapat 3 bahagian. (Lihat gambar di atas). Potong seperti garisan merah.
2. Ambil satu bahagian yang telah dipotong, siatkan satu persatu.
3. Ambil 2 helai yang telah disiat tadi. Lekatkan keduanya dengan air. Nak guna putih telur pun boleh. Air lagi jimat.
4. Kemudian ikut step by step gambar di bawah.
Siap
Ulang buat sehingga inti habis.
Sambil buat kita berselawat keatas Nabi Muhamad SAW
Moga kita dapat minum telaga Al-Kauthar di Padang Mahsyar in Shaa Allah.
Aamiin..
Jika kulit popia berlebih. Anda boleh goreng.
Jika ada ada Nestum/cheese anda boleh curahkan ke atas. Boleh tabur dengan gula castor/Gula kelapa. (Akan datang saya cuba kongsi resepinya in Shaa Allah).
Video Tutorial mudah melipat samosa
Untuk memudahkan cara melipat. Boleh lihat tutorial di sini
Cara menggoreng samosa
1. Panaskan minyak terlebih dahulu.
2. Goreng samosa dengan suhu minyak yang sederhana. (Guna api kecil)
3. Warna popia akan bertukar warna kecoklatan menunjukkan tanda samosa sedia untuk diangkat
4. Toskan samosa.
5. Sedia untuk dimakan.
Nota tambahan
Jika anda suka, Samosa boleh dimakan bersama sos. Saya cicah dengan sos mee siput keluaran kakak ipar. Rasanya padu. Tak pedas sangat. Sedap pada tekak kami sekeluarga. Yang paling saya suka guna sos ini ketika membuat roti John. Sedap dia lain maciam...anak-anak suka. 😋😍
Samosa juga akan jadi sedap jika anda memasukkan cendawan shiitake /cendawan butang. Anda akan rasa kenyal2 ketika memakannya. (Saya ada stok cendawan butang tapi saya lupa nak memasukkannya).😅😂😂😂😆
Samosa daging Frozen
Biasanya saya tidak akan goreng semua samosa daging. Saya akan goreng untuk makan petang. Selebihnya saya akan simpan untuk stok sarapan esok atau akan gunakan bila saya mahukan.
Biasanya saya simpan dalam plastik ziplock.
Semalam dapat simpan 2 plastik seperti gambar di atas. Alhamdulillah.
0 Comments