Bismillah. Jom kenali tumbuhan terung pipit/belanda dengan lebih mendalam..
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Menurut wikipedia.org
Terung pipit juga dikenali dengan nama terung rembang. Bahasa Minang memanggilnya dengan nama rimbang atau terung manggul iaitu sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN.
Nama Botani atau nama saintifik terung ini ialah Solanum torvum Swartz.
Nama Tempatan ini ialah Terung Belanda, Terung pipit, Terung Cuka. pokok ini dalam kategori Famili Solanaceae.
Struktur pokok
Batang
Batang pokok terung pipit ini berkayu keras dan liat. Ia mempunyai dahan banyak dan berduri.ia mempunyai batang yang keras dan berbuku-buku, sementara dahannya pula berduri. daunnya bercuping (lobatus) serta berbulu halus dengan urat-uratnya mengarah ke cuping-cuping daun.
boleh dikatakan semua anak terung termasuk terung pipit hampir sama. cuma yang ,embezakan terung pipiy/belanda dengan terung lain ialah anak benih terung pipit/belanda mempunyai duri yang berceracak di permukaan daunnya walaupun di peringkat anak benih.
Daun
Daun berwarna hijau tumbuh berpasangan dan mempunyai garis bentuk bujur. Pada urat daunnya juga terdapat duri.
Bunga
Bunganya berwarna putih mempunyia lima atau enam kelopak. Ianya berbunga sejambak di hujung ranting. Setelah berbunga , ia akan mengeluarkan buah. Buahnya juga akan keluar sejambak.
Penggunaan
Buah terung pipit mengandungi khasiat yang banyak. Meminum air rebusan buah ini dapat dijadikan penawar meredakan sakit perut yang berpanjangan. Manakala akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada tapak kaki.
Pokok terung pipit juga berpontensi membantu membersihkan kawasan tercemar kerana dapat menyerap logam berat dari tanah. Walaubagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Khasiat
Menurut wikipedia melalui kajian saintifik,
Dalam tiap 100 g bahagian mengandungi:-
89 gram - air
2 gram - protein
0.1 gram - lemak
8 g -karbohidrat
1.0 gram- serat,
50 mg- kalsium,
30 mg - Fosforus,
2 mg-ferus,
750 I.U- vitamin A
0.08 mg- vitamin B1
80 mg - vitamin C
KHASIAT
|
CARA RAWATAN
|
Menghindari penyakit darah tinggi
|
Amalkan memakan buahnya yang dicelur sebagai ulam
|
Mengubati resdung
|
Keringkan daunnya yang segar, kemudian gulung seperti rokok lalu
dihisap dan asapnya dihembus melalui hidung
|
Mengubati kayap
|
Ambil daunnya yang segar dan lumatkan bersama daun cili. Kemudian jadikan
sebagai ubat pupuk pada kulit yang bermasalah.
|
Merawat cacing di dalam perut kanak-kanak
|
Rebus daunnya dan gunakan air rebusan tersebut sebagai mandian.
|
Mengubati tumit kaki pecah
|
Ambil akarnya dan tumbuk. Apabila airnya keluar, ambil dan sapukan
pada bahagian yang bermasalah.
|
Meransang tenaga batin
|
Amalkan memakan buahnya dengan menjadikannya sayur atau dicelur dan
dicicah dengan sambal
|
Sumber BUKU : 202 KHASIAT HERBA (Sabda.S)
Pembiakan
Terung pipit ini adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh. Biasanya biji benihnya disebarkan oleh burung. Boleh juga disemai melalui biji benih. Sangat mudah hidup. Pokoknya hidup membesar dan meninggi lebih 170cm.
Resepi Masakan
Resepi sambal terung pipit
Terung pipit yang dimasak bersama ikan bilis dan cili api/Siam pastinya dapat menambah nasi atas pinggan anda. Walaupun resepi jarang dibuat, bila sekali menikmatinya pasti enak sekali.
Bahan yang diperlukan:-
-Terung pipit yang telah dibersihkan
-Cili Siam secukupnya (saya gunakan 3-5 biji sahaja)
-ikan bilis yang digoreng dahulu
-Bawang merah dikisar
-Seulas Bawang putih yang dikisar
Caranya
1. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing
2- Masukkan terung pipit , tumis sehingga ianya nampak lalu
3- Masukkan iklan bilis goreng
4- Perisakan dengan gula. Saya guna nise. Saya tak masukkan garam sebab ikan bilis sudah masin.
5- Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Apa yang bertambah menarik ketika memakannya, terasa seperti letupan kecil apabila anda menggigit terung pipit ini. Letup-letup gitu..hehe
Galeri
Moga ia bermanfaat dan Selamat mencuba..😘
0 Comments