Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kek HARI JADI TERKEJUT KONON 😅🤗

Alhamdulilah.. hari ini hari lahir salah seorang yang kami sayangi dalam ahli keluarga kami.

Dalam hati, memang nak beli kek, kesudahannya tak berapa di makan memandang ada insan yang tak boleh makan makanan yang bersoda. Jadi cancel.

Jadilah kek hari jadi terkejut. Bahan semua dah tersedia di rumah. Cara buat kek ni sama seperti buat kek batik cuma tukar cream creakers. Sebab bahan tu sahaja yang ada.

Bahan-bahan:-

Biskut cream creakers dalam 20 keping
Gula 1 sudu besar 
Milo 3 sudu besar
Buttercup 3 sudu besar


Cara:

1-. Cairkan buttercup bersama gula. Tunggu sehingga sebati.

2- Masukkan Milo dan air. 

3- kemudian, masukkan cream creakers yang telah dipatah-patahkan..gaul sebati.

4- letak dalam mangkuk steel. Masukan ke dalam peti sejuk. 

5- Selepas, 2 jam boleh potong nak makan.

Alhamdulilah.. jadilah boleh buat kenangan. 😋♥️

Post a Comment

0 Comments