Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ayam masak kari tanpa santan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Awal pagi tadi dah keluarkan ayam untuk defrost sendiri. Ayam sedang-sedang sejuk dan boleh dibersihkan. Jika masih keras berair batu perlu dicairkan guna microwave jika ingin cepat Masak.

Ayam masak kari tanpa santan dimasak bagi mereka yang inginkan kuah tahan lama. 

Selesai berkebun di kawasan rumah. Sis bersedia ke dapur untuk masak tengahari memandangkan hari ini Amin(Tahun 5) dan Ammar (Prasekolah) bersekolah. Manakala Alisha (Tahun 4) dan Afifah  (Tahun 3)a bermula bersekolah
Pada 22 Julai 2020.  


Nasi kosong

Mari kita mulakan
 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

AYAM MASAK KARI TANPA SANTAN

Oleh: Sis Aster

Bahan yang DIPERLUKAN
-----------------------------------------

Ayam dibasuh bersih


- Ayam yang telah dipotong (boleh ambil separuh ayam)
Boleh potong 8 atau 12 bergantung kepada saiz ayam.
- 4 ulas bawang besar (sederhana)
- 3 ulas bawang putih. 
- 3 sudu besar serbuk Kari ( sis Aster guna Kari daging FAIZA)
- cili besar (sekadar untuk hiasan) tak letak pun tak mengapa.
- garam halus secukup Rasa
- 2 biji kentang
- 2 sudu besar Gula Kelapa (kalau takda boleh gantikna dengan Gula putih).
-Daun Kari secukupya( kalau takda pun takda Hal punyalah..hehehe)


CARA-CARANYA:-




1. Ayam dibasuh bersih. Lumurkan dengan tepung .
2. Kisar bawang besar dan bawang putih.


Tuang minyak

3. Panaskan minyak. 

4. Masukkan bahan yang dikisar tadi.

5. Masukkan 3 sudu besar Kari daging FAIZA. Tumis sampai naik bau. Tumis sehingga garing.


Tumisan kari

Tumis sampai naik minyak
 (Biasanya saya guna teknik 5x tambah air tumis sehingga garing. Biasanya tumisan nampak pekat likat warnanya pun agak Perang)


Ayam kari

6. Kemudian baru masukkan ayam.

Kentang

7. Masukkan kentang dan daun Kari.


8. Tunggu ayam empuk sebati mendidh. 
9. Perisakan dgn garam secukupya.

Gula kelapa

Gula kelapa


10. Masukkan Gula kepala 2 Sudu besar.
11.selepas nampak keperangan dan ayam dh Mula kecut. (Nampak sebati)

Masak ayam kari tanpa santan

12. Masukkan air dan masak sehingga ayam empuk.
 
-------

Hidangan kari ini saya masak tanpa santan. Anak² pasti akan makan lebih berselera. Kelebihannya juga ianya tidak cepat basi.

Sempat bekalkan untuk Amin utk ke sek agama.



Masakan kari akan bertambah menyelerakan jika dihidangkan bersama sambal belacan, Ikan kering Bulu ayam dan ulaman (ulam raja , kacang botol). 
Pasti akan tambah nasi punyalah....hehehe

Hidangan ini saya sengaja di masak manis. 
Rencah bawangnya juga banyak kerana inginkan kuahnya banyak (sebab tak letak santan).

Sejujurnya tak berapa pedas. Masakan Kari ini boleh juga masukkan sos cili untuk bagi pekat dan pedas. 

Anak Saya yang baru baik demam pun alhamdulillah makan banyak. Maknya sangat senang hati woo... Hihi

Saya mohon maaf jika Ada kekurangan. Resepi saya ini Saya oleh berdasarkan kesukaan keluarga Saya. Mungkin setiap orang Ada resepi masing2 yang menjadi makanan kegemaran sekeluarga.

Apa² pun moga ianya dapat memberikan manfaat..aamin. 



===============

INFO TAMBAHAN 

===============


Tips untuk menghilangkan lendir dan hanyir ayam boleh lumurkan dengan tepung gandum. In shaa Allah lendir ayam tadi akan melekat pada tepung tadi. Sedikit sebanyak membantu menghilangkan lendir tersebut 

Masalah lain timbul bila menggunakan kaedah lumuran tepung pada ayam. Sisa tadi bila dibasuh dan dibuang di sinki. Selalunya sinki akan mudah tersumbat.

Kita boleh nampak bagaimana lendiran ayam tadi tersangkut pada lubang sinki. Cara untuk mengelakkannya kita tapiskan sisa tadi dengan menggunakan penapis. Bergantung kepada penapis yang kita gunakan. Kalau lubang kecil dapatlah memerangkap sisa tadi. Jika masih ada .. boleh bersihkan sinki. Buangkan ke dalam sisa pepejal. Asingkan supaya mudah en. Suami buang sampah. Yang tinggal di kampung, boleh terus letak di tempat pembuangan sampah sendiri (khas). Biasanya di rumah Sis Aster , ayam jiran akan datang dan makan sisa tersebut.
Yang rajin boleh buat baja organik.

Kalau perasan sinki sis,sis Ada letak batang merah dalam lubang sinki. Batang merah itu sebenarnya adalah batang 🎈 belon mainan anak yang dah tak pakai. Jadi sis ambil buangkan bahagian hadapan. 
Senang sikit kerja dia nak menggodek jika ada sisa yang tersumbat.







Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete