Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Ayam Masak kicap simple berkuah

Memandangkan malam tadi hujan lebat,  air bukit tidak keluar. Biasalah bila hujan turun, banyak ranting dan daun yang tersangkut.  Ia akan melambatkan pengaliran air.  Sementara menunggu " personal charge" baikinya. Kita siapkan bahan dulu untuk masakan tengahari ini.

Si kecik masih belum mahu tidur walaupun sudah mengantuk. Habis loyang dan barang-barang lain dia angkut untuk buat mainan. Sis Aster biarkan saja sebab nak fokus cepat memasak. Biarkan dia main sampai penat. Mudah Sis nak mandikan dan tidurkan dia nanti.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 MASAK KICAP SIMPLE BERKUAH

Oleh: Sis Aster

Ayam masak kicap

BAHAN

- Ayam separuh potong 12
- bawang merah 4 
- bawang putih 3 ulas
- halia muda potong halus
- AJI-SHIO perisa LADA PUTIH
- kicap secukupnya
- sos tiram
- suun

CARA PENYEDIAAN

1. Basuh ayam . Seperti biasa cara saya lumurkan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir dan lendir.
2. blend bawangkan  merah dan bawang putih.
3. Panakasn minyak. Masukkan bahan yang diblend tadi. Tumis sehingga garing dan harum. Masukkan halia muda yang dipotong bersama.
4. Masukkan ayam. Masukkan asam keeping. Perisakan dengan AJI-SHIO Lada putih.
5. Masukkan kicap dan so tiram.
6. Masukkan sedikit Gula.
7. Masukkan cili merah sekadar untuk bagi menarik. Tak masuk pun ok. Cuma nampak hitam jela nnt..🤣🤣🤣
8. Bila ayam dah kecut masukkan air secukupnya.  
9. Tunggu mendidih masukkan suun.
10. Boleh tutup api bila nampak ayam dah sebati.


Nasi lunch

Untuk hidangan ini sedap juga dimakan bersama daun pudina dan pucuk ulam raja. Untuk hidangan ayam masak kicap ini anak-anak akan makan banyak jika hidangan ini tidak terlalu pedas.

Saya juga sempat bekalkan Amin, nasi ayam kicap ini ke sekolah agama hari ini (22/07/2020). alhamdulillah. 

Terima kasih kerana sudi membaca .. moga bermanfaat☺️

INFO TAMBAHAN


Memandangkan saya juga selalu defrost ayam/daging sebab nak cepat masak. Lepas ini kena take note untuk kebaikan bersama. 

Credit to :-PHM atas info yang berguna.


Suri rumah biasa yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) 

Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar terlalu lama diluar. Ianya akan menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.

 Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) chill. atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.


Post a Comment

0 Comments