Jom cuba buat cornflakes madu ini. Mudah dan cepat disediakan. Bahannya juga mudah didapati.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
|Khamis|23 Julai 2020|
Petang
--------------------------------
CORNFLAKES MADU TANPA BAKAR
---------------------------------
--------------------------------
BAHAN-BAHANNYA:-
---------------------------------
✓ 1 kotak cornflakes NESTLE (275gram)
✓ 8 -10 sudu gula besar castor ( ni anggaran sis buat. Kalau nak buat kurang manis boleh kurangkan)
✓separuh buttercup salted (buku) (250gram bahagi 2)
✓ Madu ( beli kat Speedmart). (Kalau ada madu Shuib tu lagi sedap tapi mahal harganya).
--------------------------------
CARA-CARANYA:-
---------------------------------
1. Cairkan buttercup bersama gula castor. Guna api yang kecil sederhana. Jangan kacau ya.
2. Tunggu semua cair dan sebati (nampak buih2 )
3. Masukkan cornflakes (Saya masukkan semua).
4.Gaul rata
5. Kemudian letak madu 🍯 sekucupnya. Kalau nampak cornflakes tu nampak berkilat kira dah cun dah tu.
6. Tutup api.
7. Biarkan suam-suam kuku. ( Jangan tunggu sejuk keseluruhannya nanti cornflakes akan melekat di permukaan kuali - sis guna kuali biasa sahaja)
8. Masukkan bekas kedap udara.
9. Sedia dimakan bila² masa dan dimana sahaja.
Teman Abi petik buah sambil makan cornflakes mami
Amany pun nak rasa
langsat
--------------------------------
TIPS : -
---------------------------------
1. Gunakan api yang kecil, jangan terlalu kuat nanti gula hitam jadi hangit. Bila hangit akan rasa akan pahit.
2. Kena sabar tunggu gula dan buttercup cair sebati. Dalam 7-10minit.
3. Nak lagi sedap pakai madu 🍯 Shuib. Memang rasanya sedap. Ni antara komen anak² yang dah biasa makan dan dapat membezakan rasanya. Cuma madu Shuib ni mahal.
--------------------------------
VIDEO TUTORIAL :-
---------------------------------
Antara makanan kudapan kegemaran anak² adalah cornflakes madu.
Bagi sis pula, masakan ini paling mudah nak disediakan.
Mengapa mudah?
Mudah kerana tidak perlu bakar dalam oven.
Nak perlu nak hias beria bagi cantik.
Masa membuatnya pun sekejap je.
Sis buat untuk bekalan anak² di sekolah agama hari ini.💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞
Moga bermanfaat.
Selama mencuba.. mohon maaf atas kekurangan.
Sis Aster 🌼🌻 suka kongsi masakan.
0 Comments