Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kek Marble Gebu Moist Sukatan Cawan

Kek marble ini ada peminatnya sendiri. Ianya lebih kepada kek marble zaman dulu. Semasa saya kecil, kek inilah antara yang paling banyak mak saya buat untuk kami adik beradik. 
Bezanya dulu dibakar guna gas dengan menggunakan loyang lubang tengah. Zaman sekarang ramai orang menggunakan oven untuk membakar kek.
Setiap zaman ada kelebihan masing-masing. Yang penting rasanya sama seperti kek zaman dulu yang dapat mengimbau zaman waktu kecil dulu.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

kek marble moist sukatan cawan


Atas permintaan kakak Alisha. Dia meminta mami untuk memasak cupcakes. Memandangkan hari ini separuh hari (dari pagi sampai jam 2 petang tiada letrik). Kami sekeluarga banyak menghabiskan masa diluar rumah. Abi membersihkan kawasan sekitar  pokok rumah. Niat untuk menebang pokok manggis belakang 🏠 rumah dapat dilakukan pada hari ini. 

Kami juga sempat mengikut Abi ke kebun. Melihat tanaman yang abi tanam. Amany melambai² dari jauh mengikut mami. Mami meminta Auni menjaga adiknya. Aman sikit nak merasa bebas berjalan untuk melihat keindahan alam. Alhamdulilah.

Ketiadaan elektrik memaksa kami sekeluarga membuat aktiviti luar rumah. Biasanya anak² memerap bermain hp di dalam rumah. Seronoknya juga berkumpul di luar. Minggu lepas pun sama.. menyambut hari jadi Alisha dan Ammar sambil breakfast di luar rumah.

Hari sebelumnya lagi (semalam)  kakak Alisha meminta mami membuat kek. Mami tak ada idea nak buat kek ape. Terfikir mahu buat roti untuk bekalan anak² sekolah esok.

Bila berjalan di laman facebook, terjumpa resepi ini terus mahu mencuba. Bila baca resepi rasa semua bahan ada di rumah.

Teringat masa kecik dulu.. mak selalu buat kek marble. Sedap sangat. Sekarang macam dah tak jumpa rasa kek yang rasa dulu².

Kadang² rindu nak makan. Tapi rasa jauh sangat berbeza. Bila borak² dengan mak. Mak kata dulu guna buttercup wangi. Buttercup sekarang tak berapa nak wangi..

Hari ini kita cuba apa yang ada depan mata. Tak perlu pening² cari bahan. Jika semua barang boleh beli di Speedmart (dekat lagi murah) kita cuba jaya. 

Kedai bakery kawasan Langat semua di Nanding. 
Kesesakan lalu lintas jalan hulu Langat mengalahkan jem kuala lumpur. Lagu2 musim cuti Sabtu Ahad. Sanggup memerap di rumah daripada keluar ke kedai rm2. 

Sebelum itu resepi ini saya terjumpa di Facebook. Tapi saya tak ingat siapa yang membuatnya. Maaf tak dapat nak beri credit. Apapun moga pahala berterusan seperti air yang mengalir tanpa henti bila ada orang shared dan buat terus jadi.

Kali ini sis cuba resepi kek marble gebu menggunakan sukatan cawan. Sangat mudah dan cepat.


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

KEK MARBLE ZAMAN DULU

Oleh : Sis Aster

BahanA  (diayak)

-Tepung gandum 2 cawan (kurangkn sikit dari sukatan) saya gunakan tepung cap kunci 
-1 sudu kecik baking powder

Bahan B (dipukul sehingga kembang putih)
1 cawan gula halus
1 cawan mentega(saya guna Pelangi je)
dah kembang(putih)masukkan
5 biji telur(grad B)
1 sudu kecil asen vanila
3 sudu susu pekat manis
dah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit.

bahagi adunan kepada 2 bahagian
1 adunan putih (tak perlu letak pewarna)
1 bahagian masukkan serbuk koko (saya letak 2 Sb koko)

Saya gunakan loyang 7inci.
Bermula dengan warna putih ditengah.
Kemudian letak warna koko.
Buat berselang seli
Sehingga selesai 

Bakar dalam 170'c 
Selama 40-45minit
Oven atas bawah
(Bergantung pada oven masing²)

Tips untuk cantik layer mulakan dengan 5 sudu. Kemudian 4 sudi. Buat sehingga selesai.

Untuk hiasan boleh gariskan untuk membuat corak. Ikutlah nak corak mcmana. Macam Sis masih amatur. Jadi corak tak sekata. 
Apa pun  Moga bermanfaat. Selamat mencuba.

Kak Alisha dah plan nak buat kek harijadi adik dia Amany bukan September ni.





















Tips untuk cantik layer mulakan dengan 5 sudu. Kemudian 4 sudu. Buat sehingga selesai. Kemudian lukiskan ia. 



Post a Comment

0 Comments