Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

NASI GORENG IKAN SEMALAM

Perkara biasa jika para ibu memasak akan tinggal sedikit lauk. Ikan goreng semalam yang masih elok boleh juga dibuat nasi goreng.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nasi goreng

Hari ini sis aster ingin kongsikan resipi nasi goreng ikan goreng yang mudah untuk mengelakkan pembaziran. 
Perkara biasa jika para ibu memasak akan tinggal sedikit lauk. Ikan goreng semalam yang masih elok boleh juga dibuat nasi goreng. Selama ini kita dididik masak nasi goreng telur, ayam,udang dan sotong yang baru. Kadang kita terlupa akan lauk semalam. Sayang sungguh jika ia buang. Jika ada kucing, boleh juga menjadi makanan kucing.
Bila kita menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Kita akan merasai betapa susahnya orang yang mencari sesuap nasi. Ok lepas ini, yang belum pernah cuba boleh cuba buat nasi goreng ikan semalam. Ianya sangat mudah dan cepat disediakan.


Jom kita mulakan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

NASI GORENG IKAN GORENG SEMALAM

Bahan bahan:-

1 mangkuk nasi
2 ekor ikan goreng (disiat kecil)
2 biji telur
Sayuran (optional)
Garam

Bahan tumbuk kasar
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
4-6 tangkai cili Siam (cili padi pun boleh)

Caranya:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau wangi. 
  2. Kemudian masukkan telur. Biarkan sebentar supaya telur masak baru dikacau supaya telur berketul kasar.
  3. kemudian masukkan nasi ikan goreng semalam yang telah diambil yang telah disiat isinya dan masukkan sedikit garam untuk perasa.
  4. Kacau sehingga rata. Untuk memberikan warna yang cantik boleh masukkan sedikit kicap. Jangan terlalu banyak. Kerana takut termasin.
  5. Boleh masukkan sayur yang disukai seperti lobak sawi dan sebagainya.


Nasi goreng ikan semalam anda telah siap. boleh diangkat dan hidangkan kepada keluarga tersayang.

Ikan perlu disiat kecil untuk mengambil isi ikan sahaja.
Ia juga memudahkan proses memasak nasi goreng. Seeloknya ikan semalam ini dibuang dirinya terlebih dahulu. 

Nasi goreng ikan semalam
Tumbuk kasar bahan tadi.

Tumis
Tumis sehingga naik bau harum.

Nasi goreng ikan semalam
Siap.

Moga bermanfaat dan selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments