Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Nasi Lemak

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

|Khamis|23 Julai 2020|

--------------------
NASI LEMAK
--------------------

Hidangan Nasi lemak antara hidangan yang disukai oleh anak-anak saya.



--------------------------------
BAHAN-BAHANNYA:-
---------------------------------


Bahan kisar
✓10 tangkai cili besar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Ikan bilis (dalam 2 sudu besar) 
Air asam jawa secukupnya

Bahan goreng
Segenggam ikan bilis (separuh goreng separuh masak / separuh lagi goreng sampai masak)

Bawang hiris untuk diletakkan pada akhir masakan . 

Caranya:-
Panaskan minyak
Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Buat tumisan tadi kering dan tambah air lagi. (Buat 5x pun boleh. Warna sambal agak gelap sedikit berbanding awal 
Masukkan air asam jawa
Perasakan dengan garam secukupnya (sikit je sebab dah ada ikan bilis)
Letak 1 sudu 1/2 gula kelapa.
Masukkan bawang potong 


-------- 
NASI /KARBOHIDRAT
-------
Basuh 2 cawan
Masukan 250ml santan
Letak pandan dan hirisan halia muda 
Letak sedikit garam

* Masa masak kalau rasa belum berapa masak boleh tambah air panas sedikit. Kadang santan mendap di atas. Nasi ada yang belum masak sepenuhnya. Kena cek dan kacau2 bagi rata 

-------------
SAYUR / SERAT
-------------
Biasanya timun 
Memandangkan timun tiada. Sila gantikan dengan bayam Brazil. Sedap juga ranggup rasanya 

--------------
LAUK
------------
- telur mata kerbau
Pada sis.. yang paling kami sekeluarga suka sotong sambal. Ikut selera masing2..

==========

Alkisah hari ini awal pagi sebelum subuh dah bersiap untuk masak nasi lemak.

Nasi lemak antara makanan kegemaran anak no.2. layankan... sekarang ni pun KPM galakkan untuk murid membawa bekal. Sis pun idea last minit je pagi². 

1. Auni -
2. alisha -
3. Amin -

Last minit prepare. 
Ammar nak berbekal juga..
Prasekolah patutnya tak perlu bekal kerana di sekolah cikgu sediakan makanan 
Dia nak juga MCM abang kakak.  Layankan....

==== 
 Hari ini si kakak Alisha buat mami gelak besar. 
Boleh dia ke sekolah pakai selipar. Abi ke sekolah 2x sebab nak hantar kasut dia. 
Alkisahnya pagi tadi dia suruh Ammar cepat. Ketika itu Ammar sedang pakai kasut. 
Patutlah dia cepat sangat nak masuk kereta sebab dia tak sedar pakai selipar..

Patutlah dengar kereta kancil dah pulang tapi tak lama lepas itu gerak semula.. mami layan makan nasi lemak dalam rumah 🏠.

Itulah cerita breakfast pagi tadi.
Hari ini anak tahun 4 dan tahun 3 dah mula sekolah agama.
Bekalan mee kari dan cornflakes madu. 
Nanti kita sambung lagi ya..


Salam malam jumaat.
Moga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments