بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞 الله أكبر💞
Setiap wanita selepas berkahwin awalnya mesti tidak pandai memasak. Biasalah akan ada usikan nakal yang tidak seronok 👂 telinga mendengar. Lagi² darah muda.. seolah² apa yang dilakukan semua tak betul.
Sebenarnya ia kembali kepada hati si pemilik. Ada yang kata bahasa seolah² mahu berborak kosong. Tak ada modal atau tajuk cerita khusus. Nak cerita pasal anak baru sangat berkahwin.
Kata² negatif selalunya membuatkan kita rasa merendah diri. Cuma kita sebagai manusia memang suka orang puji. Tapi jangan sampai ada rasa riyak dalam hati. Minta dijauhkan.
Kalau wanita yang dah berumah tangga dikurniakan anak, genap umur 6 bulan ibu harus perkenalkan dengan makanan pepejal untuk si anak.
Hidangan yang patut dimasak adalah sup. Bezanya hidangan untuk bayi tidak perlu masukkan garam. Bubur yang lembut (dikisar halus atau ditapis atau dilenyek) di campur dengan sup sayuran akan memaniskan dan melemakkan rasa Sup tadi. Sayur yang sesuai adalah lobak, celery dan kentang. S
Untuk anak yang sudah berumur setahun setengah yang sudah tumbuh gigi sesuai juga diberikan sup. Walaupun sup kosong ianya akan menjadi sedap jika dipadankan dengan ayam goreng.
Bila mendengar masakan sup, seolah-olah macam mudah nak masakkan.. tapi kalau nak dapatkan rasa yang sedap dan mewah perlukan bahan yang mewah juga.
Kalau tak percaya, kalau ke kedai beli sup pun mahal jugakan.. sup kosong pun ada juga diletak stok ayam, daun bawang dan daun sup. Bahan itulah yang menambahkan lagi rasa sup tadi.
Kalau nak cepat dan mudah boleh letak Ajinomoto byk². Kesan buruknya tak baik pula untuk anak-anak kita.
Apa pun yang penting perlulah sabar.kena Komen sikit² tu pujukla hati . Ada hikmah Allah nak tunjuk supaya kita belajar sesuatu daripada peristiwa/keadaan.
Setiap orang juga ada citarasa sendiri memasak sup. Pada sis.. sis tak berapa suka letak serai kalau masak sup. Tapi pada sesetengah orang .. ada yang suka. Selera berbeza. Sedangkan manusia pun Allah jadikan pelbagai bangsa dan puak untuk kenal mengenal. Inikan pula makanan yang manusia makan. Makanan biasa dipengaruhi oleh adat dan tempat serta keturunan. Lain tempat lain caranya. Lain orang lain masaknya.
Sis pun tak pandai masak. Cuma masakan sis ni bisa dimakan oleh anak². Kalau anak suka makan. Dia akan masak begitulah.. kalau masak pelik sikit kadang mereka tak makan. Jadinya sis akan masak makanan yang simple yang mereka makan. Kan senang gittew. Sis pun tak perlu fening ² memikirkan menu...hehehe
Hari ini sis masak sup juga. Anak² Alhamdulilah makan banyak. Afifah yang makan paling banyak.
Alhamdulilah yang penting kita harus rajin. Hihi.
Anak kenyang. Anak tak meragam. Mak² pun senang. Tidur lena setiap malam kerana semua keperluannya mencukupi.
Resepi yang sis masak AYAM SUP SIMPLE.
Cuma Harini tambah sedikit sahaja REMPAH SUP POWER SNJ. Pastu renekkan lama kasi meresap.
Masak sup ni nak kasi lengkap perlu letak daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Nak tambah nasi perlu buat sambal kicap. Memang power. Orang utara pula suka makan sup daging dengan sambal belacan + telur masin. Sedap juga tau....
Sis suka letak kobis. Nanti sup akan rasa manis..
Pastu sis tak perlu nak fikir nak masak sayur lain.. 2 in 1. Siap! 😗🤗🤗🤗
Terpulanglah kepada kesukaan dan kegemaran keluarga sendiri. Apapun nak memasak perlu memulakan langkah pertama mengenal jenis rempah yang digunakan ,sayur apa yang sesuai dipadankan. Belajar sikit² lama² expert in Shaa Allah..
Ada yang panggil rempah 3 sekawan
-kayu manis
-bunga lawang
-pelaga
Ada juga yang sebut 4 sekawan
kayu manis
-bunga lawang
-pelaga
-cengkih
(Biasa kat kedai runcit dah siap packing mcmni. Senang kalau nak masak. Mudah digunakan khas untuk 1 masakan).
Cara sis suka tumis garing dulu. Naik bau..
Tumis dengan biji lada putih yang telah ditumbuk.
Kemudian letak ayam. Dah kecut masuk air banyak. Renekkan api kecil.
Hari ini masuk rempah ini sikit. Saja nak kelainan..
Hidangan sup.
Hidangan sampingan biasanya sis goreng ayam.
Ayam peha rebus sekali dalam sup. Dah masak. Sis angkat. Gaul dengan telur dan celup dengan tepung Bestari. Goreng pun tak perlu lama sangat. Lepas itu dia potong kecil.
💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞
Sekadar perkongsian cerita pengalaman.
Sis aster 🌼🌻
Suka berkongsi masakan.
0 Comments