Setiap kali selepas menunaikan ibadat korban, pastinya ramai yang akan menerima daging korban.
Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih dapat menjalankan ibadat korban walaupun dalam tempoh PKPP. Walaupun sambutan pada tahun ini tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya, namun ianya tetap diraikan bersama keluarga tercinta.
Hari ini sis berhajat nak mengemas dapur berskala besar. Jadinya sis akan masak dalam kuantiti yang banyak. Maklum la anak-anak sis ni ramai. Biasalah bila suami berbelanja, barang-barang perlu disusun atur bagi sejuk mata memandang.
Walaupun bergelar suri rumah ada masanya kita terpaksa membahagikan masa yang ada untuk anak-anak. Ini kerana, emosi dan kesihatan anak tidak sama setiap hari. Jika ada hari anak tidak sihat, maka banyaklah perkara tertangguh di rumah yang tidak dapat dilakukan. Tapi apa yang penting dalam rumah tangga ini adalah give and take serta reciprocal daripada pihak suami.
Sambil mengemas di dapur hari ni, terlintas difikiran sis nak masak bihun sup. Ini kerana, bihun sup boleh tahan sampai ke petang tanpa perlu memikirkan menu lain. Sekiranya lauk dah habis nanti, barulah sis masak menu lain pula.
Memandangkan hari ini hari Sabtu, sis akan buat kerja di dapur lama sikit sebab anak-anak cuti sekolah. Bila anak-anak ada boleh la sambil tengokkan adiknya. Jika tidak, anak sis yang kecil ni asyik mahu minta berdukung sahaja sampai sakit bahu belikat sis ni. 😂😂😂🤗🤗
Mari kita mulakan
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
BIHUN SUP UTARA
Oleh: Mami Aster
Ramuan
Tulang dan daging (anggaran 2-3 kg) kalau ada perut lembu lagi sedap.
*1 paket sup bunjut tulang
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
*4 inci halia
4 liter air (secukupnya utk merebus dn kuah sup)
3 sudu besar garam
5 sudu minyak utk menumis
1 kampit bihun (dicelur)
1 batang daun sup dan daun bawang
1 paket bawang goreng
Bahan bertanda *hendaklah dikisar halus.
Langkah
Bahan Rebusan Sup
1- Tulang dan daging lembu direbus terlebih dahulu. kemudian potong kecil daging tadi dan rebus sekali lagi hingga empuk.
2- Buka balutan bunjut sup kemudian kisar bersama bawang merah dan putih dan halia. Kisar sehingga hancur dan halus.
3- Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi. tumis hingga naik bau wangi dan nampak agak garing.
4- Bila dah garing bahan tumisan tadi,tutup api.masukan bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang dan daging.
5- Masukkan juga daging yg dipotong kecil tadikan.
6- Biarkan mendidih selama dua puluh minit. Perasakan masukan garam secukupnya.
7- Dah mendidih boleh tutup api.
rasakan garam secukpnya. Jika nak letak Ajinomoto/perisa lain seperti AJI-SHIO terpulang kepada citarasa masing-masing.
Bahan Bihun
1 - Celur bihun hingga lembut.
2- Masukkan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (tak letak pun tak mengapa).
3- Dah lembut, angkat dan toskan.
Untuk Hidangan
1- Letak bihun ke dalam mangkuk.
2- Tuang kuah sup, taburkan daun sup,bawang goreng dan sambal kicap. siap.selamat menjamu selera.
Untuk Sayuran
1- Sangat sesuai dihidangkan bersama taugeh dan sawi. Rasa akan menjadi ranggup dan segar apabila dimakan
Untuk menu bihun sup utara sis harini sis tabur dengan daun sup dan bawang goreng sahaja. Stok yang ada di rumah. Dipadankan dengan sambal kicap barulah sedap.
P/Tips: untuk lagi sedap renekkan sup lama menggunakan api yang kecil supaya rasa tulang dan rempah meresap.
Moga bermanfaat.
Selamat mencuba.
0 Comments