Bunga matahari ini mempunyai peminatnya tersendiri. Kebanyakan bunga matahari yang biasa kita lihat bunganya besar. Kelopak bunganya besar berwarna kuning mengelilingi stigmanya yang melebar berbunga-bunga kecil berwarna coklat dan di celah stigmanya terdapat biji-biji berbentuk panjang dan berwarna hitam.
Bunga matahari yang berwarna kuning akan menjadi begitu indah jika ditanam dalam skala besar. Lebih banyak bunga matahari terdedah kepada cahaya matahari, lebih segar dan cantik warna bunganya. Sesetengah spesies bunganya bergerak mengikut peredaran matahari. Pada waktu pagi condong ke arah timur manakala pada waktu petang condong ke arah barat. Batangnya berwarna hijau muda dan berbulu halus. Ia mempunyai daun yang lebar, tangkai yang panjang dan tumbuh sehelai-sehelai pada batang.
Biji benihnya dikenali sebagai kuaci sesuai menjadi makanan ringan seperti kekacang yang digemari oleh pengguna di seluruh dunia. Ia juga sesuai dijadikan makanan burung.
Lebah kelulut antara serangga yang suka menghisap madu pada bunga matahari.
---------
Suka untuk mengimbau kenangan menanam bunga matahari yang di tanam awal tahun Januari 2020. Beli 2 anak pokok bunga matahari. Harganya rm4 sepokok. Pokok ini mengeluarkan bunga yang besar. Spesis bercabang. Cuma penghujung hayatnya, bunga berkembang dengan saiz yang kecil sahaja.Jom lihat lagi bunga matahari cantik yang saya tanam sendiri, klik album di bawah:-TONTON VIDEO PENDEKBUNGA MATAHARI
Menyemai Bunga Matahari
Untuk menyemai benih bunga matahari. Saya gunakan tanah baja dan kokopit serta tanah (tanah kat sekitar kawasan rumah).Bahan yang diperlukan
1. Tapak semaian2. Benih bunga matahari3. Tanah baja4. Cocopeat5. Tanah ( sis gunakan tahan yang ada dikawasan rumah. Tanah rumah ais kawasan dusun berbukit).bunga matahari mempunyai pelbagai jenis, saya memilih membeli bunga matahari daripada Wellgrow Seeds. Jenis Bunga Matahari Royal Hybrid Edible. Warna biji benih nampak bergaris kelabu dan ianya jenis yang boleh dimakan.Biji Benih ini saya beli di Shopee Malaysia. RM15 untuk 50biji. Saya redeem coins dapatlah harga murah sikit iaitu rm11.xx. Dapat juga free shipping dengan pembelian rm15. Pada saya harganya berpatutan kerana kebanyakkan RM5 untuk10biji di kedai yang sama. Harga dan kuantiti pun lebih kurang sama jika beli di kedai yang berlainan.Tanah baja ini,mak saya yang belikan di nurseri area kampung (Tg Karang- Kuala Selangor). Harga berbeza mengikut kedai masing-masing. Yang ini rm8. Ada kedai yang jual rm10-rm12.Untuk menanam biji benih bunga matahari saya gunakan guna cocopeat. Cocopeat ni 10kg rm10. Sesetengah kedai ada yang menjual rm12-rm14. Fungsi cocopeat ini bagus untuk menyimpan air. Keburukannya kalau di letak terlalu banyak, menyebabkan air bertakung terutamanya jika menanam pokok kunyit menggunakan pasu. Bila bertakung, pokok cepat mati.Tapak semaian ini saya campurkan tanah, tanah baja dan cocopeat.
Tanah baja
Benih bunga matahari
Jenis bunga matahari boleh dilihat daripada benihnya.Dalam memilih bunga matahari berbunga besae, boleh dilihat daripada saiz , struktur serta warna biji benih bunga matahari. Bunga matahari yang besar biasanya bewarna kelabu dan ada garis putih pada kulit luar.Cara menanam
Cara menanam benih matahari, anda hanya perlu benamkan separuh benih biji matahari ke dalam tanah. Bahagian runcing di bahagian bawah (boleh rujuk gambar di atas).Apabila benih semakin membesar, ia akan menolak kulit luar benih biji matahari tadi dan kulitnya akan terkopek dengan sendiri.(Gambar di atas adalah benih bunga matahari yang ditanam selama 3hari. Hari ini sis cabut untuk melihat akar bunga matahari. Saya saja gatal tangan nak buat ujikaji).Untuk permulaan, saya letakkan di kawasan yang redup atau berbumbung (terutamanya pada waktu malam). Sekiranya hujan lebat, biasanya biji benih akan tercabut. Manakala, pada waktu siang, saya akan dedahkan kepada cahaya matahari supaya batang benih meninggi dengan baik mengikut cahaya matahari. Jika letak dikawasan tertutup (redup/berbumbung), tunas akan membengkok kerana mencari cahaya.
Untuk proses penyiraman, saya akan siram kali sehari. Sebaiknya menggunakan penyembur air. Saya gunakan air basuhan beras/baja roti/baja organik untuk menyiram tanaman. Ia juga sesuai dijadikan sebagai baja. Kita boleh lihat sendiri struktur tanah, jika nampak agak kekeringan kita semburkan dengan air untuk memberikan kelembapan pada tanah.Saya akan kongsikan setiap perkembangan pokok bunga matahari ini sebagai rujukan kita bersama.Perkembangan
Sepanjang pemerhatian saya, benih bunga matahari akan berkembang sepanjang hari bergantung kepada pencahayaan dan penyiraman.
Waktu pemerhatian, saya bahagikan kepada tiga waktu, iaitu waktu pagi, tengahari dan petang. Kita akan dapat lihat perkembangan yang berbeza setiap tiga waktu tersebut.Hari kedua. 7 Ogos 2020. Masih belum bertunas. Tapi ianya sudah berakar.Hari ketiga. 8 Ogos 2020. (Waktu pagi) sudah nampak tanda ia bertunas dengan baik.Hari keempat. 9 Ogos 2020. Waktu pagiHari kelima . 10 Ogos 2020. waktu pagiHari keenam. 11 Ogos 2020. Waktu pagi12 Ogos 2020. Hari ke-7. Waktu pagi.13 ogos 2020. hari ke-8 . Dah pindah ke tempat lebih besar di dalam pasu dan polibeg untuk memudahkan proses tumbesaran .14 Ogos Hari2020. Hari ke-9Hari ke-10 -15 Ogos 2020Hari ke-11 / 16 Ogos 202017 Hari Ogos 2020- ke-12 daun bunga matahari nampak sedikit berbulu. Untuk melihat lagi gambar menarik perkembangan bunga matahari hari yang ke-12 boleh lihat di ALBUM BUNGA MATAHARI HARI KE-12 & ALBUM BENIH BUNGA MATAHARI18 Ogos 2020 - hari ke-13
19 ogos 2020 - hari ke-14
20 ogos 2020- hari ke-15.Bila masuk hari ke-20. Ada juga beberapa pokok yang mati. Mati bukan sebab tidak berbaja atau bersiram. Mati sebab 2 hari lepas, polibeg ada yang jatuh. Tidak pasti sebab apa. Kucing atau bintang langgar tapi bila jatuh pucuk patah. Mula-mula nampak ok tapi dah 2 hari memang pokok akan mati. Itulah antara kelemahan bunga matahari.Sebenarnya tak sabar nak tengok bunga matahari besar, nak tanam di lereng bukit di tanah reserve jalan. Masih berangan. Moga dipermudahkan dan perkenankan..
1 Comments
Salam, nak Tanya berapa lama umur pokok matahari ni? Lepas mengeluarkan bunga Dan bunga kering adakah pokok akan mati?
ReplyDelete