Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Cempedak Goreng Garing diluar sedap dimakan




Cempedak di Hulu Langat hampir ke penghujungnya. Alhamdulilah walaupun buah cempedak depan rumah dah habis. Masih juga dapat merasa daripada pokok jiran.

Ada Hadith menyebut ada 3 tanda bahagia,  antaranya ialah jiran yang baik. 

Hadis yang disebutkan oleh saudara adalah hadis yang sahih. Ianya diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw. Baginda bersabda :

مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.”

Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

credit to PEJABAT MUFTI WILAYAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞 

 

CEMPEDAK GORENG GARING

Oleh: Mami Aster 

Cempedak goreng


Bahan

12 ulas cempedak

*1 Sudu Besar Butter /majerin

*1 Sudu Besar Tepung Gandum

*2 Sudu Besar Tepung Beras

Air secukupnya

secubit garam

sedikit serbuk kunyit untuk warna (optional)


cara

1- Satukan semua bahan yang bertanda dan gaul dengan air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik.

2- Perasakan dengan secubit garam dan letakkan sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna cempedak.  

3- Celupkan cempedak ke dalam adunan tepung.


4- Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng cempedak.
5- Pastikan minyak benar-benar panas.

6- masukkan cempedak tadi, goreng sehingga garing.
7- terbalik balikkan cempedak tadi,
8- bila, nampak kekuningan dan garing boleh diangkat dan ditoskan.
9- sedia untuk dimakan.
Cempedak goreng


akhir kalam, hidangan cempedak ini bermusim, nikmatilah rezeki Allah dengan rasa syukur. Alhamdulillah. selamat mencuba. 😋😍









Post a Comment

2 Comments

  1. Wah! Sedap dimakan dgn teh o pd waktu ptg. Abe kie biters mari jengok blog mami. Done follow your blog. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abe Kie sudi follow dan blog walking di blog Saya.

      Delete