Di internet pelbagai resepi yang boleh diikuti dan dicuba. Untuk dapatkan resepi yang betul-betul kita sukai kenalah cuba sampai berjaya.
Teruskan membaca untuk mendapatkan tips donut gebu mudah.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
DONUT GEBU MUDAH
Bahan A ( kembangkan yis)
1 peket intant yis (11gram)
Sedikit air panas (jangan terlalu panas, saya guna air panas bertapis)
1 sudu gula ( makanan yis)
Bahan B (Adunan)
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/buttercup
1 cawan setengah cawan air sejuk + setengah cawan yang campur yis tadi.
1 sudu gula atau 1 sudu susu pekat
3 scoop susu tepung kanak-kanak (Boleh guna Fernleaf, atau dutch lady) optional . Taknak masukkan pun tak mengapa
1/4 garam
Langkah
1. Sediakan air panas dalam setengah cawan. Masukkan yis dan gula). Tunggu kembang dan ketepikan. (Bahan A)
2. Masukkan Bahan B mengikut turutan dimulakan dengan garam, tepung gandum, butter, gula atau susu pekat, susu tepung kanak-kanak dan yis yang kembang ke dalam Bread Maker.
3. Saya gunakan Bread Maker Panasonic, Pilih no. 11 (Raw Dough). Bread Maker akan uli selama 23minit.
4. Rehatkan doh sebentar, tumbuk sampai keluar angin.
5. Untuk membentuk donut, saya gunakan alat yang ada di rumah sahaja. Saya gunakan cawan untuk acuan besar dan penutup botol untuk acuan kecil. Jika ada acuan donut lagi baik.
6. Tunggu kembang, kemudian gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak.
7. Terbalik-balikkan kemudian toskan.
8. Taburkan donut dengan gula icing.
9. Boleh dihidangkan dan sedia untuk dimakan
Tips Donut Gebu Mudah
1- Untuk donut kembang dengan baik, cuaca juga memainkan peranan penting. Jika cuaca mendung dan hujan. Biasanya doh akan lambat naik.
Cara nak donut kembang dengan cepat, saya gunakan jalan pintas iaitu gunakan kepanasan oven. Boleh rujuk gambar di bawah.
2-Jangan campurkan yis berdekatan dengan garam. Garam akan mematikan fungsi yis. Adunan tadi tidak akan kembang kerana yis sudah mati. ( Ikut urutan yang dicadangkan dalam langkah no.2).
3- Taburkan sedikit tepung di permukaan lapik /talams donut tidak terlalu melekat.
4- Gunakankah spatula semasa mengangkat donut ke dalam kuali secara perlahan-lahan supaya rupa bentuk donut masih kembang bulat dan masih cantik.
Jika anda rasa resepi ini sangat mudah untuk diikuti dan ada manfaatnya. Mohon kongsikan kepada semua. Selamat mencuba.
1 Comments
Spatula... Biasa dengar Spongebob je yg sebut.😂
ReplyDelete