Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cara mudah semai benih cili dari rumah

Ada masanya kita suka menghabiskan masa di luar rumah seperti berkebun. Setiap jiwa wanita akan mula timbul minat berkebun apabila bahan yang mahu digunakan ketika masak kehabisan stok. Masa itulah,barulah seorang wanita akan berfikir alangkah seronoknya ada tanaman di kebun sendiri. Walaupun kecil-kecilan tapi ianya dapat dimanfaatkan ketika kita memerlukan. Ada lebih kita sedekahkan kepada jiran. 



Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa,kerja suri rumah ini tidak merangkumi hal-hal dalam rumah sahaja. 

Disini saya ingin kongsikan cara menyemai benih cili yang paling mudah yang pernah saya buat. Mungkin cara ini tidaklah sepopular semaian orang pertanian. Tapi sedikit sebanyak ianya membantu orang lain yang ingin mencuba tapi tidak tahu cara untuk memulakannya.

Untuk mendapatkan benih cili, kita ada beberapa cara. Cara mudah beli online di Shopee. Pelbagai jenis benih ada.

Cara lain yang paling mudah, ambil sahaja di dapur kita. Perasan tak, kadang-kadang masa kita nak memasak guna cili kering kita akan buangkan bijinya untuk menghilangkan kepedasan cili. Ada masa lain pula,cili api hampir busuk kita buang begitu sahaja. Dari situasi di atas inilah kita ambil peluang yang ada. Ambil benihnya dan cuba untuk semai. Gunakan penapis untuk membantu kita mengasingkan biji cili.



Kalau nak buat test yang biasa orang buat nak tahu benihnya baik atau tidak. Kita rendamkan dalam air, kalau yang terapung tu benihnya tak elok. Yang tenggelam tu elok. 





Cara mudah saya terus tabur atas tanah, yang benih baik akan bertunas dan berakar dengan baik. 



Yang hijau itu adalah biji cili yang saya tabur bulan lepas. Alkisahnya kerana cili sudah lembik dan mengeluarkan air kerana terlalu lama tidak digunakan. Bila balik kampung, begitulah nasib si cili. Timbul rasa sayang jika dibuang begitu sahaja. 





Tanaman cili hidup dengan baik dengan siraman air basuhan beras. Ada masanya saya juga menggunakan air basuhan ayam dan ikan.


Sebenarnya untuk menyemai cili caranya sangat mudah. Caranya hanya sediakan tempat semaian benih. Kita perlu sediakan tapak. Kita boleh gunakan apa yang ada disekeliling rumah kita. Nak nampak teratur boleh guna tray semaian.  Dengan menggunakan tapak semaian, kita akan letak setiap benih pada setiap lubang bekas semaian tersebut.

Selain itu, kita boleh juga gunakan bekas telur  sebagai tapak semaian. Untuk penyiraman, gunakan penyembur bagi memudahkan anda menyiramkan  Saya menyiram dengan air basuhan beras setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari.  Boleh kunjungi posting saya sebelum ini mengenai CARA MUDAH MEMBUAT BAJA DI RUMAH.

Bila benih dan mula pecah dan mengeluarkan akar, kemudian akan diiringi pengeluaran tunas. Biarkan ianya membesar dahulu kemudian bolehlah pindahkan ke polibeg.

Untuk cara di atas, suami saya buatkan tempat khas untuk semaian benih di atas tanah. Bila pokok semakin membesar ianya akan dipindah ke tempat yang lebih luas, biasanya di polibeg atau pun terus tanam di tanah.



Sebagai contoh gambar di atas adalah tapak semaian yang saya gunakan untuk menyemai sayur pak choy. Saya gunakan tanah baja dan cocopeat untuk menyemai benih sayuran. Boleh lihat posting saya sebelum ini di bawah tajuk BUNGA MATAHARI.

Ini hanyalah sekadar perkongsian bercerita pengalaman tentang semai pokok cili sahaja. Lepas masaini kita kongsi cerita cara penjagaan pokok cili pula. Pokok cili ini sebenarnya cerewet juga. Perlu ada ilmu dan kena buat eksperimen supaya kita tahu lebih mendalam ilmu pertanian. Ilmu Allah Maha Luas. Kita terokai dan kongsi bersama-sama. 

Moga dapat manfaat bersama


Post a Comment

0 Comments