Bahan untuk membuat cornflakes madu ini juga sangat mudah didapati. Tak perlu ke bakery, semuanya ada di Speedmart,dekat lagi murah.
Raya Haji baru sempat buat Cornflakes Madu ini sahaja. Resepi kali ini dia buat sedikit penambahan, sis nak resepi cornflakes madu kali ini melekat dan terpikat apabila memakannya.
Jom kita mula,
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
RESEPI CORNFLAKES MADU MELEKAT TERPIKAT
Oleh:Mami Aster
BAHANNYA
Satu kotak cornflakes NESTLE
10 -12 sudu besar gula Castor
10 sudu besar Buttercup
Madu secukupnya
CARANYA
1- Cairkan gula kastor dan buttercup bersama dengan menggunakan api yang kecil.
2- Apabila sudah nampak semua sebati (nampak berbuih).
3- Masukkan cornflakes dan gaul sehingga rata.
4- Masukkan madu secukupnya dan kacau rata. Cornflakes yang cantik akan nampak kuning berkilat.
5- Sejukkan sebentar, sekiranya terlebih menggunakan butter boleh toskan dahulu.
6- apabila sudah agak suam sejuk sedikit boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara.
7- Boleh tutup sekiranya benar-benar sudah sejuk.
8- Boleh dinikmati bila-bila masa.
Resepi cornflakes madu ini nampak mudah dan ringkas di mata kita. Cuma dalam proses pembuatannya memerlukan kesabaran yang tinggi. Untuk mencairkan butter dan gula sahaja ia memerlukan masa selama 8- 10 minit. Kita boleh buat kerja lain sementara menunggu ianya cair sebati. Tapi harapnya jangan sampai lupa takut gula dan butter hangit. Bila ianya hangit biasanya warna gula akan bertukar warna keperangan atau kehitaman. Ia menunjukkan tanda tidak baik kerana ia akan mempengaruhi rasanya kelak. Pasti pahit semestinya.
Moga bermanfaat
Selamat mencuba
0 Comments