Resepi daging goreng kunyit hari ini diinspirasikan oleh kak Yatie kitchen. Resepi yang ringkas serta sangat mudah dimasak.
Walaupun saya tidak ada semua bahan dalam resepi asal, saya gantikan bahan yang sedia di dapur saya.
DAGING GORENG KUNYIT inspired by Yatie Kitchen
Bahan
500gram daging yang dipotong nipis (saya gunakan daging korban)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 bawang besar hiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 tangkai cili padi yang diketuk (saya gantikan dengan cili Siam)
mushroom seasoning secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 bawang besar hiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 tangkai cili padi yang diketuk (saya gantikan dengan cili Siam)
mushroom seasoning secukupnya
garam secukup rasa
1-2 sudu kecil serbuk lada putih ( saya gantikan dengan serbuk lada putih AJI-SHIO)
Sayur (optional)
Lobak merah dipotong halus menyenget
Kobis bunga
Kacang panjang/buncis (jika ada)
Hiasan (optional)
1 tangkai daun sup
Bawang goreng
Langkah
1- Panaskan minyak, masukkan daging yang telah dihiris kemudian masukkan serbuk kunyit.Kacau sebati sehingga air daging menjadi kering.2- Masukkan hirisan bawang, bawang putih dan cili padi yang telah diketuk tadi.
3- Masukkan mushroom seasoning dan garam secukupnya. Goreng sehingga garing.
4- Akhir sekali, masukkan hirisan kasar daun sup.Taburkan bersama serbuk lada putih ( saya gunakan serbuk lada putih Aji-Shio).
5- Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.
Jemput kongsikan artikel ini. Sudilah komen selepas mencuba resepi daging goreng kunyit ini. Terima kasih.,😍🤗
0 Comments