۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Sebagai muslim yang merupakan rakyat Malaysia kita masih berpeluang mengerjakan ibadah korban walaupun masih di dalam Perintah Perkawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Walaupun tahun ini tidak semeriah tahun lepas. Namun kita harus bersyukur kerana masih dapat meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tercinta.
Memandangkan semalam ada berbaki lagi sup daging kosong. Biasa untuk sup tahan lama (tidak mudah basi), saya rebus daging dengan rempah sahaja. Saya akan masak guna periuk lain sekiraya saya ingin menambah bawang dan sayuran. Sup ini saya masak untuk membuat stok air rebusan daging.
Semua bahan ada dirumah, jom kita cuba..
NASI GORENG DAGING
Oleh: Mami Aster 🌼🌻
Bahan
Nasi secukupnya
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
Sedikit Ikan bilis
Daging lembu yang telah direbus empuk. Dipotong atau diracik
Langkah
1. Tumbuk bawang besar,bawang putih, dan iklan bilis.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga wangi
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong halus memanjang.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Perasakan dengan AJI-SHIO serbuk lada putih.
6. Masukan nasi putih secukupnya.
7. Gaulkan rata.
8. Letakkan sedikit kicap untuk menaikkan seri warna nasi goreng daging tadi kemudian gaulkan sebati.
9. Tutup api
10. Sedia untuk dihidangkan.
Nasi goreng daging ini sangat sedap dimakan bersama ulaman. Jika anda sukakan pedas, boleh tumbuk bersama bahan tumbuk tadi.
Hidangan nasi goreng daging ini saya tidak meletakkan cili kerana ianya untuk bekalan anak-anak ke sekolah.
Moga bermanfaat , Selamat mencuba.
0 Comments