Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Nasi Goreng Udang

Bismillah. Alhamdulillah.Sarapan pagi ini agak istimewa kerana kami bersarapan seisi keluarga dengan hidangan istimewa Nasi Goreng Udang😋😘

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


Hari ini cuti sempena Ma'al Hijrah 1442H jadi kami dapat menikmati hidangan sarapan pagi bersama-sama. Rasa syukur dan seronok dapat berkumpul bersama. 

========================
NASI GORENG UDANG
=========================

Bahan

Nasi putih secukupnya

15ekor udang (optional)

2 Bawang besar

1 Bawang putih

Ikan bilis segenggam

5 tangkai cili Siam diketuk

2 sudu besar minyak masak

1 tangkai cili besar (potong untuk hiasan)

Sayur kobis /lobak (optional)


Langkah

1- Tumbuk halus bawang putih, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.

3- Panaskan minyak kemudian goreng udang yang telah diperisakan dengan udang dan serbuk kunyit 

3- Tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau. 

3- Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan sedikit kicap untuk menaikkan warna nasi goreng tadi.

5- Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama sayur kobis.

6- perasakan dengan garam. Masukkan perasa AJI-SHIO lada putih jika ada.

7- Gaul sebati, tutup api dan boleh dihidangkan.

Jangan lupa baca bismillah dan doa makan.

Moga bermanfaat. Selamat mencuba. Terima kasih.🤗😍😊

Post a Comment

0 Comments