Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penapis Air Murah dan Berkualiti

water dispenser murah

Sistem Penapis Air Minum untuk Air yang Sihat dan Sedap



Kita menggunakan air paip di rumah untuk segalanya - dari mencuci sayur hingga mengisi gelas keluarga kita ketika makan malam. Bagi kebanyakan rumah, syarikat air merawat air paip dengan bahan kimia termasuk klorin dan kloramina untuk menyingkirkan bahan cemar dan bakteria.

Walaupun klorin dan kloramina berjaya merawat bakteria di dalam air anda, ia TIDAK dapat menghilangkan bahan cemar tertentu yang berbahaya bagi kesihatan dan kesejahteraan anda secara keseluruhan seperti karat, plumbum dan partikel halus lainnya. Itulah sebabnya anda harus menambah fungsi tapisan air paip bagi kegunaan minuman sekeluarga.


Tidak kira penapis air jenis mahal ataupun murah yang anda gunakan, biasanya terdapat minimum 3 jenis tabung/catridge filter yang digunakan.


  1. Pertama: Penapis sedimen / sediment filter

  2. Berfungsi sebagai penapis bahan-bahan pejal dalam air seperti habuk dan pasir serta lain-lainnya sehingga sekecil 1 micron. Ia memberikan perlindungan pertama kepada filter seterusnya. Filter ini harus ditukar sekerap mungkin kerana ia menyebabkan aliran air menjadi perlahan akibat sumbatan sedimen pada permukaan filter.
    3G Sediment Filter, Cartridge Filter, Rs 150 /piece, ATS ...
    Sediment filter pakai buang

    10” /20” Sediment Filter – The Water Treatment Centre
    Sediment filter refill (spec 1 micron - 5 micron)
    Propur® Pre-sediment Filter Assembly
    Sediment filter housing
  3. Kedua: Penapis Pra-Karbon Active / pre-carbon / Granular Activated Carbon (GAC)

  4. Diperbuat daripada bahan karbon (arang tempurung kelapa) yang dihancurkan sekata antara saiz 0.3mm hingga 0.8mm. GAC biasanya digunakan sebagai kaedah rawatan pencemaran estetik (penghapusan rasa, bau dan warna). Walaupun begitu, Penapis GAC akan melepaskan lonjakan air hitam yang mengandungi karbon halus semasa penapis pertama kali digunakan.
    Granular Activated Carbon 12x40 Coconut Shell GAC Water ...
    GAC (Granular Activated Carbon) yang diperbuat daripada tempurung kelapa
  5. Ketiga: Penapis Pasca-Karbon Active  / Post-carbon / Carbon Block

  6. Diperbuat daripada bahan karbon (arang tempurung kelapa) yang dihancurkan sekata antara saiz 0.045mm - 0.18mm ( 7-19 kali lebih kecil daripada saiz karbon GAC) dan dimampatkan semula dalam bentuk tiub. Penapis blok karbon bertindak lebih efektif dari sekadar menapis estetika air, iaitu dengan mengurangkan zarah, sista mikroskopik, plumbum, bahan kimia organik mudah menguap (VOC), dan bahan cemar lain.
    Tiga aliran tapisan di atas adalah yang perlu ada dalam setiap tapisan air yang berkualiti. Adapun tabung tambahan seperti tabung mineral, tabung alkali, tabung ion dan lainnya adalah syarat tambahan untuk menjadikan air lebih bermineral atau beralkali atau lainya seperti yang dikehendaki.
Air RO (Reverse Osmosis) / RO Water / Drinking Water 

Pada dasarnya, tiga langkah tapisan di atas adalah cukup untuk mendapatkan air minum yang bersih. Walaubagaimanapun, Penapis air masa kini biasanya menggunakan juga teknologi RO bagi memastikan produk akhir tapisan benar-benar selamat diminum. 


Untuk mengenalpasti sama ada penapis anda di rumah menggunakan teknologi RO atau pun tidak, boleh lihat jika ada paip air limpahan yang selalunya mengalirkan air daripada sistem penapis anda. Ia dikenali sebagai 'drain pipe'.



Bagaimana Sistem Penapis RO Berfungsi?

Proses osmosis berbalik menghilangkan pepejal terlarut seperti natrium dari air dengan memaksa air melalui membran separa telap yang membolehkan air melewati tetapi menolak kekotoran yang tidak diingini.


Untuk menghilangkan kekotoran dari air, sistem menggunakan air untuk membilas kotoran ke longkang. Dalam kebanyakan kes, sistem drain pipe RO akan dialirkan di sinki dapur anda.


Sekiranya sistem osmosis berbalik tidak dihubungkan ke saluran pembuangan, air yang mengandungi kotoran akan dipaksa melalui membran, menyebabkan kualiti air menjadi buruk dan berpotensi merosakkan membran osmosis terbalik.


1 Kelebihan Sistem Penapis RO


Tidak dapat disangkal lagi bahawa penapis RO dapat menapis hampir 99% impurities dalam air dan menjadikan ia sangat selamat untuk diminum. 


2 Kekurangan Sistem Penapis RO

  1. Menapis juga mineral berguna dalam air.
  2. Membuang air ( mengandungi impurities) yang sangat banyak. (bil air tinggi)

Tips Mencari Penapis Air Murah Dan Berkualiti.


Setelah membaca entry di atas, tahulah kita bahawa sebenarnya keperluan air bersih untuk diminum dapat diperolehi dengan harga yang sangat murah. Tanpa memerlukan jenama-jenama yang mahal dan bayaran ansuran bulanan yang tinggi. Cukup dengan 3 atau 4 tabung filter dan digabungkan dengan mesin dispenser air (sejuk/panas) sudah memadai.


Perkara yang paling penting ialah, tabung filter ditukar mengikut tempoh dan saranan pengeluar produk. Penapis air saya cuma berharga RM400 sekali dengan dispenser panas/sejuk. Cukup tempoh, beli sahaja set tabung filter secara online dan pasang sendiri.


Bagi filter jenis sedimen dan GAC, saya cadang gunakan housing yang boleh dibuka dan ditukar penapisnya. Seunit tube filter cuma berharga rm10. 


Bagi pengguna master filter (tabung besar di luar rumah) perlu diingatkan bahawa ia adalah dalam kategori penapis sedimen (material silica / pasir) yang hanya menapis sedimen sehingga sekecil 10 micron sahaja. Air masih belum selamat diminum.


water dispenser murah

Ini adalah penapis yang kami gunakan sejak 2014 lagi. 
Kongsikan artikel ini jika anda rasa ianya bermanfaat kepada semua. Suarakan suara anda melalui komen di bawah. 

Post a Comment

0 Comments