Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Ayam Bakar Butter+ Air Asam Sedap paling simple

Hari ini sis memilih untuk menu sihat dan ringkas. Jadi sis memilih untuk membuat resepi ayam bakar butter atau nama glemernya Malaysian Butter Chicken Recipe

Pada awal perkahwinan sis dikenalkan oleh kakak ipar dengan masakan ayam bakar butter/majerin dicicah bersama air asam.

Pada mulanya,agak pelik untuk menerimanya, tetapi bila sudah menjamahnya,rasanya amat sedap sekali. Sis Sis s lama benar tidak mencuba ayam bakar butter ini..
 
Sebab teringin jomlah kita masak...hihi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
Malaysian Butter Chicken Recipe

RESEPI AYAM BAKAR BUTTER / Malaysian Butter Chicken Recipe

Oleh:Mami Aster

Bahan

Ayam bakar butter

4 Ayam peha (ikutlah nak makan banyak mana)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Buttercup/majerin pelangi

Cara

1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Toskan ayam.
3. Lumurkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan butter/majerin
4. Panaskan kuali leper (boleh gunakan kuali non-stick jika ada)
Ayam bakar

5- Bakar menggunakan api yang sederhana.
6-  Tutup dengan penutup supaya ayam dapat masak dengan sekata 
7- Terbalik-balikkan ayam jika bahagian sebelahnya sudah masak (buat sehingga kedua bahagian masak). 
8- Bila ayam sudah nampak garing dan berwarna kuning coklat itu tanda sudah masak.
9- Boleh gunakan garfu untuk cucuk bahagian ayam untuk memastikan adakah ayam bakar tadi sudah masak keseluruhannya 
10. Bila dah masak siap untuk dihidangkan 

Menu sihat


Tips: jika mahu ayam terus juicy dan lembut letakkan sahaja di atas kuali leper /periuk non-stick. Bila nak makan baru hidangkan kerana jika ayam bakar sudah sejuk, ayam bakar tadi akan sedikit keras. Sebaiknya makan selepas dimasak.

=================

Cili siam

AIR ASAM 

Bahan

10 tangki cili api/cili Siam ( dikisar kasar)
1 sudu besar asam jawa
*2 biji Bawang besar (dipotong)
* 1 biji tomato (dipotong 
Gula kelapa secukup rasa
Garam secukup rasa
* 1 biji Tomato 

Cara

1. Potong bawang besar memanjang
2 . Potong tomato sekiranya ada.
3. Tumbuk cili atau kisar kasar (tanpa air guna blender grinder).
4. Ambil asam jawa 1 sudu campur dengan sedikit air panas
5. Letakkan dalam bekas bawang,tomato dan cili tadi masukkan air asam jawa. (Jika guna pati asam jawa Adabi boleh ambil setengah sudu besar)
6. Letakkan dalam 1 sudu gula kelapa.
7. Perasakan dengan sedikit garam.
8- gaul rata sehingga sebati.
9. Sediakan untuk dimakan.

-----------

Mungkin hidangan air asam ini nampak biasa-biasa. Tapi bila hidangan air asam ini dipadankan dengan lauk yang bersesuaian seperti ikan keli bakar, ikan pari bakar, ayam bakar pasti terangkat rasanya.

Sekiranya anda suka pedas anda boleh tambah cili mengikut kebiasaan yang anda gunakan. 
Untuk resepi asal, sepatutnya bahan utamanya ada tomato. Tomato ini sebagai bahan masam dalam air asam ini. 

Nak buat air asam cili api ini mesti rasanya cukup masam,masin dan manis. 

Di Hulu Langat ini,  air asam ini biasa juga dihidangkan di majlis kenduri kendara terutamanya majlis perkahwinan. Katering makanan biasa menyajikan air asam bersama ayam kuzi. Bezanya air asam cili api ini diletakkan lada hitam yang diblend kasar. Kuahnya pekat rasanya memang sangat sedap. 

Akhir kalam s,mencuba resepi Malaysian Butter Chicken Recipe ni. Moga ada manfaatnya.


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya ayam bakar tu air asam pun nampak sedap.... singgah sini

    ReplyDelete