Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Ayam Kuzi

Salam jumaat yang mulia . Jom hari ini kita mulakan hari jumaat dengan membaca Surah Al-Kahfi. Moga kita semua terlepas daripada fitnah akhir zaman. Baca ayat 10 awal dan ayat 10 akhir pun tak mengapa sebagai permulaan. Lama-lama nanti bolehlah tambah sikit-sikit. In Shaa Allah.

Alkisahnya kelmarin sis masak ayam bakar butter dan air asam. Keesokan harinya,  Khamis malam Jumaat, suami bawa balik hidangan Ayam Kuzi,Nasi Beriyani dan Air Asam daripada masjid. 

Alhamdulilah nikmat mana yang ingin didustakan. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap Inchi apa yang ada dalam hati manusia. Gembira rasa hati memang teringin nak makan nasi ini. Terima Kasih ya Allah. 

Jadi hari ini sis cubalah cari resepi yang bersesuaian untuk sis cuba nanti in Shaa Allah. Antara Chef Blogger masakan yang selalu menjadi rujukan sis adalah Puan Azie Kitchen, Kak Yatie Kitchen, Puan Chenom dan  Hanieliza.

Jom kita tengok macamana chef Azie Kitchen dan Chef Chenom memasak ayam Kuzi ini. Ada rezeki beli bahan boleh kita cuba nanti in Shaa Allah. Kita baca dan pilih resepi yang mudah untuk disediakan. 

Ayam Kuzi kelantan


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞   

Kuzi Ayam Kelantan

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan

Ayam potong 12

Bahan perap ayam:

Saffron
Halia 
Bawang putih
Garam

Potong kiub dan goreng:

Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar

Bahan goreng:

15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang

Bahan tumis:

6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte

Cara cara:

1-Panaskan minyak.  goreng bawang merah hiris, tos.  goreng bawang besar hingga kuning, tos.  goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos.  goreng hempedal ayam, tos.  Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

2-Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.  Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air.  Goreng hingga wangi.  Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.

3-Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb.  masukkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat.

Credit to Azie Kitchen

--------


Untuk Resepi daripada Che' Nom. 

Resepi Ayam Kuzi istimewa yang beliau gunakan dengan menggunakan rempah briyani. Beliau menggunakan resepi asal dari Chef Wan, rasanya memang sangat sedap.

Beliau memang ikut satu per satu bahan dan langkah yang terdapat dalam resepi cuma bahan mengikut anggaran sendiri.

Menurut beliau lagi resepi Ayam Kuzi ini sangat terkenal di sebelah Kelantan dan Terengganu. Sesuai dihidangkan bersama nasi minyak dan paling sesuai dihidangkan untuk tetamu pada musim perayaan.

AYAM KUZI ISTIMEWA

Oleh: Che' Nom


Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak:30 minit
Jumlah Hidangan:6 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk diperap:

1 ekor ayam, potong 12 bahagian
3 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan untuk digoreng:

250 ml minyak masak
15 ulas bawang merah, dihiris nipis
2 biji bawang besar, potong dadu
1/2 cawan kepingan badam (almond slices)
1/2 cawan kismis
hati dan pedal ayam, potong kiub
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kuah:

5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
125 ml air
3/4 tin susu cair
120 gram (1 tin kecil) tomato puri
2 batang serai, dititik
2 helai pandan, carik dan simpul

Cara-cara

1- Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
2- untuk bahan untuk goreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula badam cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
3- Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingssga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
4- Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5- Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng

Credit to Che' Nom

Ada rezeki beli bahan boleh kita cuba nanti. Tunggu anak-anak besar sikit baru nak cuba. Kebiasan anak-anak lebih suka makan nasi putih. Kalau ke kenduri kahwin pun nasi putih yang menjadi pilihan mereka.

Biasanya di Hulu Langat,pihak katering yang diupah menyediakan menu ini untuk majlis perkahwinan. Di sini Ayam Kuzi ini biasa dihidangkan bersama air asam dan nasi beriani.

Akhir kalam, selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments