Cekur ialah sejenis ulaman. Daunnya mengeluarkan bau yang sangat wangi dan harum. Pokok ini juga mengeluarkan buah. Buahnya juga boleh dijadikan masakan dan juga ubatan tradisional.
Ada yang memanggilnya dengan nama cekur, ada juga yang menyebutnya kencur.
Saya lebih selesa memanggil sebagai kencur kerana saya sudah biasa mendengarnya sejak dari kecil.
Hidangan yang paling saya sukai ketika masih kecil iaitu ikan keli masak kencur cili api. Ia sejenis masakan yang bersantan dan daun cekur ditabur ke atasnya setelah dipotong halus. Rasanya memang sedap terangkat!
Masakan ikan keli kencur masak lemak cili api ini sangat popular dikalangan orang jawa.Mereka menamakannya "Lele Kencur".
Untuk kali ini saya ingin buat sedikit kelainan dalam memasak cekur. Biasanya saya gunakan ikan keli sebagai bahan utama. Tapi kali ini saya meletakkan ayam sebagai bahan utama dalam masakan cekur ini.
Jom kita mulakan,
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞
AYAM MASAK CEKUR CILI API
Ramuan
Ayam yang dipotong 8 bahagian
*3 biji Bawang besar
*3 ulas Bawang putih
*10 biji cili api/cili siam ( kalau suka pedas boleh tambah 15biji)
*Buah cekur secukupnya (ditumbuk
*Segenggam Ikan bilis
Daun cekur (dipotong halus memanjang)
Daun limau purut (dipotong halus memanjang)
1 keping asam keping
Langkah
1-Kisar atau tumbuk kasar bahan yang bertanda * bawang merah,bawang putihi,kan bilis, cili api, buah cekur.2- Kemudian masukkan yang telah ditumbuk tanda ke dalam periuk/ atau kuali.
3- Masukkan sedikit air sahaja (jangan banyak sangat). Masakkan bahan tadi sehingga naik bau. kalau nak tumis pun boleh.
4- Masukkan ayam kemudian sedikit asam keping ( hilangkan hanyir ayam).
5- Perasakan dengan garam dan masukkan serbuk lada sulah putih or hitam AJI-SHIO ( ikut suka, tak masukkan pun mengapa..kalau masukkan jangan terlalu banyak, nanti akan rasa lain sikit).
6- masak sehingga sampai ayam masak.
7- masukan santan. Masak sehingga mendidih.
8- Boleh masukkan sayur cendawan kememer hitam. Biasanya cendawan ni tak lembik sangat. Rasa ranggup. Sedap juga kalau di padankan dengan masakan bersantan. Ianya optional.
Untuk hidangan ini sesuai dimakan untuk 4 orang dewasa.Masakan ini memang kesukaan anak-anak terutamanya jika dimasak dengan ikan keli.
Akhir kata, moga bermanfaat. Selamat mencuba! 😉 Jika dah cuba boleh komen ya.
0 Comments