Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi Daging Gulai Darat

Bila teringat daging korban masih ada teringin pula mencuba resepi daging gulai darat. Dengarnya resipi ini biasa dibuat oleh orang Kelantan.  

Bila saya baca resepi rupanya pelbagai cara dan resepi. Ada juga yang memasukkan serbuk kari dalam resepi daging gulai darat ini. Ada juga yang memasukkan kentang ke dalam masakan. Ada juga yang letakkan susu cair.

Apapun resepi yang ada kita raikan dan cuba buat itulah namanya kepelbagaian. Tidak perlu mengecam kerana setiap resepi ada kekuatan masing-masing. Kesukaan manusia juga berbeza mengikut tempat dan adat.
 
 Setelah meniliti banyak resepi akhirnya saya menggunakan resepi yang ada bahan di dapur rumah Mami Aster . Cuma lengkuas dan kunyit hidup sahaja belum cari di kebun rumah kami. Tambahan pula, semua bahan masuk kuali/periuk tanpa perlu tumis.
Ft
Lega rasa hati bila tolong suami ambilkan lengkuas. Saya pula ambil kunyit di kebun kecil tanamannya.

Untuk hiasan, saya gunakan cili 
Siam hijau. 

 Jom kita cuba..


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞


Resepi daging gulai darat
 

RESEPI DAGING GULAI DARAT

Oleh :Asmidar Jailani

Ramuan:

Daging lembu

300 gram daging lembu kalau( kalau yg ada bahagian lemak lagi bertambah lazat)


Daging gulai darat

Daging gulai darat

*1 Bawang besar
*2 ulas Bawang Puteh
*1cm Kunyit 
*1cm Lengkuas
*1cm Halia
*2 sudu biji ketumbar
*3 tangkai Cili Kering

2 Cawan Santan
1  sudu besar kerisik

asam keping
Garam secukup rasa
Gula kelapa secukup rasa

Cili Hijau (untuk hiasan) optional ikut suka.
Saya gunakan 2 tangkai cili Siam bewarna hijau


Langkah:
1- Kisar semua bahan bertanda * 
2- Gaulkan bahan kisar tadi dengan daging di dalam kuali/periuk.

Resepi daging gulai darat

3- Masak sehingga daging empuk.
4- Kemudian masukkan santan,garam,gula,asam keping
5- Masukkan kerisik dan cili hijau.
6- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa enak.
7- Masak sampai keluar minyak.
8- Siap dan boleh dihidangkan.😍

Kredit to cherry merry. 

Cuma sejujurnya saya tak ikut sepenuhnya resepi beliau. Untuk daging saya gunakan 300gram. Untuk gula saya gunakan gula kelapa. Untuk hiasan saya gunakan cili Siam yang berwarna hijau. Bukan cili hijau besar. 

Jika ada yang ingin memasak lebih boleh sukatan yang lebihkan dari segi kuantiti , sila gandakan ramuan bahan.

Resepi gulai darat ini nampaknya menarik untuk dicuba. Ianya tidak terlalu pedas sesuai juga untuk anak-anak makan. 

Ada sesetengah tempat Gulai darat ini dihidangkan di pagi raya. Kuahnya sungguh pekat memikat. 

Kalau nak tahu sedap ke tidak. kena cuba resepi ini. Mudah dan ringkas. Hasilnya pasti ummmphh... Memasak dengan air tangan sendiri. Kemudian dihidangkan untuk keluarga tersayang.

Moga perkongsian ini dapat manfaat bersama. Selamat mencuba. Mohon komen kalau dah cuba ya. 😘

Post a Comment

0 Comments