Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

resepi ikan pari masak asam pedas

Resepi ikan pari masak asam pedas kali ini, saya memilih untuk memasak resepi ikan pari asam pedas memandangkan stok ikan pari pemberian abang ipar merangkap jiran masih ada.

Untuk resepi ikan pari masak asam pedas saya ikut resepi kak kak Yatie Kitchen.

Jom kita mula.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
💞سُـبْـحَـانَ ٱلله💞ٱلْـحَـمْـدُ للهِ💞الله أكبر💞

 

Resepi ikan pari masak asam pedas


IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS

Bahan 

Ikan Pari secukupnya (3 ketul) basuh bersih

*2 bawang besar

*2 bawang putih

1 ibu jari belacan

1 sudu besar asam jawa (letak air sikit)

1 bunga kantan

Daun kesum secukupnya

Garam secukup rasa.

Setengah sudu kecil Gula kelapa


Cara

1- Panaskan minyak. Masukkan belacan bagi harum satu rumah heheh. Bila bau dah naik masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar halus. 

2-  Tumis bahan tanda * "5 kali tumis". Tumis sampai air kering kemudian tambah air lagi buat sampai 5 kali. Nanti akan nampak hasilnya pekat dan likat.

3- Masukkan air asam jawa.

4-  Masukan bunga kantan yang dipotong 2 dan daun kesum. 

5- Akhir sekali masukkan ikan pari. Perisakan dengan garam dan sedikit gula kelapa. 

6-  Masukkan sedikit air jika nampak terlalu pekat. Sesuaikan dengan citarasa masing-masing. 

7- masak sehingga mendidih. Boleh  tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Memandangkan ikan pari bukan kegemaran anak-anak.  Saya akan memasak dalam jumlah yang sedikit sahaja. Jika anda ingin memasak dalam jumlah yang banyak. Boleh gandakan bahan. 

Untuk mendapatkan rasa yang padu boleh masukkan sedikit kuib ikan bilis dan seasoning mashroom. 

Resepi ikan pari masak asam pedas


Saya sukakan asam pedas kuah yang pekat manakala suami pula sukakannya kuah asam pedas yang cair sedikit. Bila nak memasak sebagai isteri perlu pandai gayakan apa yang disukai suami dan diri sendiri. 

Resepi asam pedas ikan pari


Biasanya saya akan hidangkan dalam pinggan khas untuk hidangan suami mengikut kesukaannya. 

Mohon komen dan kongsi artikel resepi ini. 

Moga dikira amal jariah. Moga bermanfaat dan selamat mencuba. Have a nice day! 😍




Post a Comment

0 Comments