Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Review Bubble Bee by Shuib Sepahtu

 

Cuti raya haji baru-baru ini memberi pengalaman yang menyeronokkan apabila adik belanja emak dan kami sekeluarga di Bubble Bee by Shuib Sepahtu.

Pertama kali merasai minuman Bubble Bee by Shuib Sepahtu pastinya sangat mengujakan terutamanya anak-anak. Apa tidaknya, bila mereka jarang sekali keluar berjalan. Bila sekali dapat berjalan sambil menikmati Bubble Bee. 

Kali pertama berkunjung di kedai BUBBLE BEE BY SHUIB SEPAHTU cawangan Gombak amatlah mengujakan dan memenatkan, walaupun hanya adik seorang sahaja yang turun membeli. Penatnya turut dirasai kami anak beranak yang menunggu di kereta selama sejam. Emak awal-awal dah lihat jam berapa adik beratur. Masa itu dalam 3.30 petang. Pelanggan pun sangat ramai beratur di luar.

Kali kedua kami ulang semula ke sana pada hari Isnin, memandangkan suami janji jemput kami di Gaint, Batu Caves. Sebelum itu, saya pesan pada suami kami mahu singgah ke Kedai Bubble Bee by Shuib Sepahtu terlebih dahulu  Alhamdulilah kali ini tidak perlu beratur panjang. Adik antara orang terawal datang waktu tengahari itu. Ambil masa dalam 10minit untuk membeli. 

Rezeki kali ini ingin berkongsi dengan suami. Memandangkan belian kali pertama bubble bee suami tidak dapat rasa. Peluang yang ada ini,belikan khas untuk suami. Alhamdulilah dapatlah kami merasainya bersama. Alang-alang dah dekat, kita beli lagi.

Antara ice cream yang ditawarkan di BUBBLE BEE

(Sumber gambar daripada FB : Shuib Sepahtu)

Antara minuman Boba yang ditawarkan di BUBBLE BEE

(Sumber gambar daripada FB:  Shuib Sepahtu)

Antara minuman dan ice-cream yang kami telah nikmati di BUBBLE BEE:-


 honey milk with black pearl


Golden series ice-cream.

Order yang paling menarik adalah Golden series ice-cream. Di dalamnya ada honey golden pearl, Ice cream, potongan madu dan cornflakes. Anak-anak sukakannya. Cuma cornflakes itu mereka tak dapat nak habiskan.

Sebenarnya anak-anak tak berapa minat air pearl/Boba.
Pada saya rasanya memang sedaplah. Suami komen rasanya agak manis madu..hihi

Hidangan lain yang kami cuba adalah ice-cream mocci durian. Anak-anak tak dapat nak habiskan juga. Bukan jenis pandai makan mocci Korea ni. Mocci pun macam koci je sebenarnya. Cuma koci ini nama Malaysia. Hahaha

Bubble bee by Shuib Sepahtu ini harga bermula daripada RM7.90 sehingga RM13.90.


Minuman choclate brownies paling disukai afrina.


Detik-detik keriangan ber-BUBBLE BEE






Ice-cream mocci durian

Semua minuman tulis nama adik Nadwa sebab dia sorang yang turun membeli. 
🤭🤭🤭

Akhir kalam, nak tahu rasanya. Kenalah cuba sendiri. Saya suka rasa madu Shuib ini. Saya biasa gunakan madu Shuib untuk buat cornflakes madu. Rasa dia memang sedap. Manis sedap gittew. 

 Perkhidmatan panda good juga disediakan untuk penghantaran terus ke rumah anda. 

Have a nice day! 


Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete