Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Brownies Milo MAMI ASTER yang senang dan mudah disediakan



RESEPI BROWNIES
 adalah masakan yang paling senang dan mudah disediakan. Apa tidaknya, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengambil masa yang lama untuk memukul bahan yang ada.

Sesetengah orang memanggil brownies dengan kek bantat kerana anda tidak perlu sehingga memukul sehingga gebu untuk membuatnya.

Untuk resepi kali ini sis sendiri dah mencubanya. Rasanya chewy. Anak yang suka makan brownies pun komen rasanya seperti menguyah gula-gula (chewy).

Sejujurnya resepi ini merupakan brownies percubaan pertama saya menggunakan MILO memandangkan serbuk koko dirumah tinggal sikit. Jadi kita guna bahan yang ada dirumah. Tak salah mencuba, hasilnya kita yang rasa. Apabila menjadi kita kongsi resepi bersama.

Untuk resepi kali ini kita sedia maklum, di dalam kandungan milo mengandungi gula didalamnya. Jadi kita perlu kurangkan sukatan gula untuk mengelakkan rasa yang terlalu manis. Jika anda suka manis boleh tambah ikut kesukaan masing-masing. Tapi sebaiknya kita buat sweet sweet buah untuk mengelakkan penyakit kencing manis.


BROWNIES MILO MAMI ASTER 

Bahan A (Diayak)



120 gram tepung gandum

1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat

5 gram serbuk koko (tak letak pun Takpa)


Bahan B (Dicairkan)



95 butter

190 coklat barleys

55 gram Milo


Bahan C (Dipukul dengan menggunakan whisk atau garfu )


140 gula castor

2 biji telur

1/2 sudu kecil Esen vanilla


Hiasan

Boleh taburkan badam flakes ikut citarasa masing-masing. Nak biarkan kosong pun boleh.


Penyediaan:-


1- Ayak Bahan A



2- Cairkan Bahan B menggunakan kaedah double boil. Cara sis hanya gunakan kuali sahaja. Didihkan air menggunakan kuali. Letakkan bekas seperti mangkuk stainless steel (Di kedai Rm2.10 ada jual mangkuk ini) yang telah berisi Bahan B. Pastikan ianya larut sepenuhnya.



3- Pukul Bahan C dengan menggunakan whisk. Jika tiada, anda juga boleh gunakan garfu.



4- Gaulkan Bahan C dengan Bahan A. Kemudian masukkan Bahan B. Gaul sebati.

5- Boleh hiaskan dengan badam flakes jika suka.

6- Oleskan loyang 10 x 10 dengan sedikit majerin/butter/minyak. Kemudian masukkan bahan yang telah digaul tadi kedalamya. Jika tiada loyang ini boleh juga guna loyang 9x9 atau 8x8 cuma hasilnya nanti brownies anda akan sedikit tinggi. 




7- Panaskan oven sebentar, kemudian bakar dalam oven 160'C dalam 30-35 minit (mengikut oven masing)




Tips:

1. Untuk pastikan brownies masak sepenuhnya, cucukkan garfu. Jika masih melekat tanda ianya belum masak sepenuhnya. 

2- untuk menghilangkan ruangan udara yang terbentuk. Ketukan loyang sedikit atau letupkan ruangan udara menggunakan garfu. 


3- Untuk memotong brownies boleh pemotong spatula. 

4- Potong brownies ketika dalam keadaan agak sedang² nak sejuk. Jangan tunggu sejuk nanti brownies anda akan keras dan susah untuk dipotong. 

Selamat mencuba. Jika anda rasa resepi ini mudah untuk dibuat dan jadi. Sila kongsikan kepada keluarga dan rakan anda serta kepada dunia. Terima kasih. 


Post a Comment

0 Comments