Bismillah...
Sebagai seorang suri rumah yang mempunyai anak yang masih kecil dan masih bersekolah rendah , banyak perkara yang perlu dilakukan dengan segera. Memasak , membasuh, mengemas,melipat dll. Ada juga perkara yang tertangguh sekiranya anak demam, ada urusan diluar.
Dalam memudahkan urusan memasak, cara mudah kita boleh beli terus pes yang ready to cook.
Sebagai seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, saya lebih suka buat pes kari homemade . Saya merasakan buatan air tangan ibu lagi bagus untuk anak-anak. Antara pes yang saya suka masak adalah pes kari. Dengan adanya pes kari ini memudahkan kerja memasak saya. Saya boleh masak mee kari, ayam kari, sotong kari dan apa-apa yang berkaitan dengan kari.
Biasanya saya akan masak dalam kuantiti yang banyak supaya saya dapat defrost dan saya boleh gunakan bila saya perlukannya. Jadi kerja memasak saya lebih mudah dan cepat.
Mari kita tengok cara saya masak pes kari ini. Bahannya sangat mudah. Cuma nak masak sahaja mengambil masa yang lama. Sambil-sambil masa kita boleh sambil-sambil buat kerja lain seperti menggosok, melipat kain, melihat tanaman yang berdekatan dan lain-lain aktiviti yang dirasakan bersesuaian.
PES KARI MUDAH DAN SEDAP
Bahan Kisar
5 biji Bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia muda (jangan terlalu banyak nanti tumisan akan jadi pahit)
Bahan Tumis
Rempah 3 sekawan ( pelaga, bunga lawang dan kayu manis)
250gram Serbuk Kari Daging Adabi (nak campur dengan Serbuk kari ikan/seafood pun boleh)
Cara
1- Panaskan minyak. Masukkan rempah 3 sekawan. Bila bau wangi dah naik,masukkan bahan kisar tadi.
2- Tumis sehingga naik bau. Tumis sehingga naik minyak. Jika nampak seperti kurang minyak boleh tambah sedikit.
3- Masukkan serbuk kari, tambah air jika perlu. Tumis menjadi sehingga tumisan menjadi likat dan pekat. Untuk menjadikannya pekat likat perlu tumis 5x. Tumis naik minyak kemudian tambah air. Ulang sehingga selesai.
4- Masukkan 2 kiub ayam Adabi jika suka.
Info Tambahan
1- Saya tidak masukkan gula /garam ke dalam masakan. Bila nak memasak masakan lain baru saya masukkan gula/garam/perisa tambahan jika perlu.
0 Comments