Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Mini donut mengikut sukatan gram ( adunan sedikit) menggunakan Bread Maker Panasonic (Chef like)

Bismillah

Alhamdulillah.

Lama benar tak postage sesuatu di blog. Sejak PKPB 2.0 dilaksanakan di Selangor kemudian bersambung lagi dan terkini (semalam) ianya disambung lagi sehingga akhir Disember 2020. 

Banyak idea memasak cuma tak sempat nak menaip tulis dan post di blog kerana keperluan anak-anak perlu dipenuhi terlebih dahulu. Jika overtime letihlah badan si emak.  

Donut merupakan makanan kegemaran anak-anak. Jadi emak kena rajin sedikit. Bermulanya emak rajin mendonut bila jiran beri donut. Rasanya sedap sangat. Sampai anak craving nak donut. Minta emak buat. Awal percubaan memang failed. Hahaha..Tapi lama kelamaan boleh jadi expert. Ada ketika malas nak buat donut sebab kandungan resepi menggunakan bahan yang banyak. Sebenarnya membuat donut ni mudah je. Hahaha.. 

Sepanjang saya gunakan resepi ini,anak-anak sangat suka. Saya pernah buat empat hari berturut-turut. Cuma bila masuk hari ke-4 dah slow sikit makan.. jenuhla kan emak2 asyik nak masak. Jadi kita masak makanan yang anak-anak boleh makan. Cuma bila dah bosan kena tukar menu lain. Mungkin lepas ini, kena kena ajar anak2 puasa. Memudahkan kerja emak-emak, masak sekali sahaja sehari..hehehew.

Oklah kita terus melihat resepi



RESEPI DONUT SUKATAN GRAM GUNA BREAD MAKER

+/- 120gram air (saya guna air tapis, bukan air sejuk)

200gram tepung gandum . Jika nak guna tepung high protein pun boleh. 

1sk serbuk yis 

20 gram majerin

10gram susu pekat

10gram gula

sedikit garam

20 gram susu Fernleaf (Keluarga). Jika tiada guna susu tepung anak pun boleh.

Untuk hiasan topping

3-4 sudu besar gula pasir diblend halus bersama 1-2 sudu besar susu tepung  Fernleaf. 

Cara

Cara mudah saya terus sukat bahan menggunakan bekas steel bread maker kemudian saya timbang setiap bahan.

1. Masukkan air bersama sedikit garam

2. Masukkan tepung gandum

3. Masukkan majerin/butter. Ikutlah mana yang ada kat rumah. Jangan pening-pening sangat. Kita yang makan. Janji anak2 makan habis. Tak membazir. 

4. Masukkan susu tepung Fernleaf . Saya guna keluarga. Kalau ada susu anak Dutch lady, Dumex, Dugro atau yang seumpama dengannya. Boleh je. 

5. Kemudian letakkan ke dalam Bread maker. Saya guna Bread maker pensonic Chef Like. Saya tekan no.11. Rough Dough. Uli dalam 23minit. Kalau guna BM lain pilih setting yang uli dalam 20minit. Sebab lain BM lain "setting menu"nya.

6. Dah uli dalam 5-10minit. Masukkan yis serbuk tadi. Kemudian uli sampai siap.

7. Tekapkan donut. Saya guna penutup botol susu anak dan nozel untuk bahagian dalam. 

8. Lepas tekap, tunggu donut kembang. Memandangkan saya sejenis orang yang selalu nak cepat. Hahaha... So saya akan letak talam steal di atas permukaan oven yang saya on. Memang cepat kembang. Cara ini sangat berkesan lagi-lagi ketika musim hujan. Ianya dapat membantu yis kembang dengan baik.

10. Dah kembang , goreng guna api yang sederhana.

11. Dah goreng, angkat dan toskan. 

12.  Kisar halus gula pasir bersama susu tepung. Gunakan blender kering. Kisar halus sehingga mendapat bentuk seperti guna aising.

13. Taburkan gula dan donut bersama.

14. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


--

Info tambahan


Untuk uli, saya suka guna talam besar. Saya letak doh. Saya guna talam je. Tak perlu nak uli uli sangat guna roller. Ni emak2 ramai anak sokmo nak buat kerja cepat siap.  Talam tadi saya taburkan sedikit tepung. Kemudian saya  kemudianletakkan doh tekap guna apa yang ada kat rumah. Memandangkan anak-anak saya masih kecil dan semua masih  bersekolah rendah. Saya gunakan penutup susu botol anak. Memang comel saiznya. Untuk lubangkan bahagian tengah.saya gunakan nozel. Saya rasa dah tak perlu beli tekap donut. Saya lebih suka gunakan apa yang ada disekeliling rumah. Nak masak jangan pening-pening ya. Benda mudah kita mudahkan..



Post a Comment

0 Comments