Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Aktiviti Hari keempat PKP 2.0- Mencantikkan Bed Garden- Masak Petola Hasil sulong fresh dari kebun. 😋

 Bismillah

Alhamdulillah.

Malam tadi  sebelum tidur, Afrina meminta mami buatkan donut. Jadi  hari ini berpagian membuat donut dan nasi goreng. Donut kali ini kita tukarkan gula putih kepada gula kelapa.


Sementara suami balik membeli barang dapur. Saya siapkan dulu bahan masakan. Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan memetik buah petola sulong kami. Walaupun satu yang baru berbuah gembiranya bukan kepalang. Siap ambil gambar buat kenang-kenangan. Berhasil juga tanaman petani amatur. Alhamdulillah. 




 Di samping itu juga saya berkesempatan menambah baik Bed Garden Section A dengan menambah tanah untuk tinggikan bahagian bed garden dan menyusun bata agar tanah yang ditambah tidak terkeluar.  Saya juga mengkambus dengan baja hitam sekali supaya tanah akan lebih subur dan tanaman akan membesar dengan baik dan cepat berbuah. Kalau yang pernah membaca posting blog saya PKP 2.0 hari ke-2 , bahagian Bed garden section A telah dikambuskan dengan baja organik sisa makanan. Kemudian ditutup dengan rumput tiruan.

Hari ini jam 11.00 pagi jam matahari sudah naik. Cuaca agak panas. Peluh jagung mencurah-curah di muka dan pipi. Terasa segar dan sihat. Seronok rasanya bermandi peluh.






Bed Garden Section A Saya tanam ros ros jepun keliling yang berdekatan dengan batu. Membayangkan bila ianya berbunga dapat memberi ketenangan kepada yang melihatnya. In Shaa Allah.


 

Bila suami dah pulang dari kedai. Kami berbincang mahu makan apa. Akhirnya kami memutuskan memasak tomyam ayam dan sayur petola hasil buah pertama yang kami tanam. Saya gembira bukan kepalang kerana memasak tomyam tidaklah lama seperti memasak sambal cili. Hahaha. Punyalah nak mengelat. Lagipun hari ini macam penat sikit, sebab panas barangkali.

Suami masih menyiapkan tempat bed garden section D. Bed garden yang kami sediakan adalah tempat yang kena cahaya matahari supaya tanaman dapat hidup dengan baik. Section D ini tempatnya agak kecil sedikit berbanding section lain. Tempat ini berdekatan dengan pokok manggis tempat taman permainan mini anak-anak bermain buaian.

Nanti kita belanja gambar buat kenangan dan rujukan akan datang. Berkebun ini seronok bila dapat memungut hasilnya. Hasil yang ada kita masak dan makan. Alhamdulillah. Rezeki Allah sangat luas. 

Saya beria-ria mahu menyiapkan bed garden dan taman mini permainan anak-anak kerana memikirkan sekolah akan buka berbaki 4 hari lagi. Pengalaman daripada PKP 1.0 yang lalu banyak memberi pengajaran kepada kami. Memandangkan tahun ini anak-anak kami 5 orang bersekolah bermula dari prasekolah (5tahun) hingga ke sekolah rendah (Tahun 1- Tahun 6) jadi cadangan saya disambut baik oleh pihak suami. Biasanya saya bila terlalu banyak kelas online, membuatkan saya cepat sakit kepala. Bila sakit kepala saya biasanya memerlukan terapi yang membolehkan saya cepat healing. Cara Saya mudah, keluar rumah lihat pemandangan luar yang menghijau. Hahaha. Lain orang lain cara. Ibu-ibu yang suri rumah pasti mengalami situasi yang sama. Rutin harian memasak, membasuh, mencuci dan menyidai pakaian serta mengemas rumah perlu juga dilakukan. 

Bila dah kepenatan ibu pun lesu. Bila lesu kadang tak larat nak menghadap. Tutup HP . Hahaha.  

Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya in Shaa Allah. 

Hidangan Sarapan Pagi

Donut



 Makanan tengahari

Tomyam Ayam



Petola tumis air

Alhamdulillah. Sebatang pun cukup untuk menjadi santapan kami di waktu tengahari. 





Post a Comment

0 Comments