Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Aktiviti hari kelima PKP 2.0 - Mendonut

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ini tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Berpagian saya sudah masak untuk hidangan tengahari walaupun sarapan Kew tiaw masih ada.

Seperti biasa keluar masuk kebun mini sambil memasak. Itu memang salah satu perangai saya. Haha .Tengah cantikkan bed garden tetiba teringat nak masak nasi terus menuju ke dapur. Kadang lepas bersihkan ayam, dah Perisakan garam dan kunyit. Keluar sekejap buat kerja luar.. bila ayam dah sebati. Masuk balik goreng ayam.. keluar semula buat kerja. Haha. Begitulah rutin..hihi

Untuk hari kelima kami banyak santai-santai sahaja. Mak mertua ada datang melawat kawasan. Kami sekadar santai di luar rumah di taman mini sambil menghirup udara sedara beserta menikmatinya pemandangan di luar rumah. 

Hari ini saya memasak hidangan ringkas, sup ayam simple Dan ayam goreng kunyit. Sayuran petik di kebun mini antaranya pegaga dan salad.


Untuk minum petang sempat mendonut. Harini dua kali mendonut. Total tepung yang digunakan 600gram. Alhamdulillah. Mencetak donut pun diluar rumah .haha

Suami pun tak berapa sihat. Dia pun nampak mengigihkan diri membersihkan kawasan rumah. 

Alhamdulillah. Hari yang panjang kami semua tidur awal. Rabu ini akan bermula kelas online Hari pertama. Agaknya macamana lah nanti gayanya dengan anak 5 orang sekali nak hadap..hahaha




Post a Comment

0 Comments