Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Aktiviti keluar peluh hari pertama PKP 2.0 - Bed Garden (Part 1)

 Bismillah

Alhamdulillah

Hari pertama yang penuh dengan cabaran, dari pagi hingga ke petang melakukan aktiviti di luar rumah 

Cabaran PKPB 2.0 ini dipenuhi dengan aktiviti mencabut rumput, mencangkul tanah, mengangkat baja tanah, mengangkat dan menyusun batu bata dan lain-lain.

Cadangan untuk bed garden ini dah lama dirancang. Cuma disebabkan kekangan masa dan keadaan, membuatkan rancangan ini ditangguhkan. 

Untuk aktiviti hari ini melibatkan aktiviti bersama anak-anak. 

Aktiviti dimulakan dengan  menyusun genting atap yang kami jadikan sebagai penghadang untuk membuat bed garden. Kami menggunakan apa sahaja bahan guna pakai yang kami rasakan boleh diguna. Sebelum itu, suami cat dahulu genting supaya permukaannya nanti tidak mudah berkulat.

Kemudian disusuli dengan mengumpulkan pokok/dahan/daun/rumput kering untuk diletakkan di dalam bed garden. Tujuannya adalah untuk dijadikan sebagai baja organik. Bagi memudahkan tujuan itu, sebelum ini saya biasa mengumpulkannya di dalam pasu. Pasu besar untuk saya kumpulkan rumput/pokok/dahan kering. Jika anda biasa menonton YouTube yang berkaitan baja organik biasa mereka membuat baja organik menggunakan daun kering yang kompaskan selama setahun. Menarik kan.. sebanar ya cara ini tidak lansung dapat menyuburkan tanah. Cara ini menjimatkan cuma Ianya memakan masa yang agak lama. Kami buat mana yang kami ada dan mampu sahaja.

Kami juga meletakkan debu dan juga tanah bakar ke dan tapak bed garden ini. Selain itu kami juga mencampurkan dengan tanah bukit. Maksudnya di sini tanah yang memang sedia ada di sekeliling kami. Kami guna pakai sahaja. 

Akhir sekali kami gunakan tanah baja yang kami beli khas untuk tabur di bahagian atas permukaan bed garden.

Borak-borak pasal Bed garden ini. Agaknya apakah Bed Garden ni ya? Bed garden ini kebanyakan sangat popular di luar negara. Bed garden ini dalam basaha mudah taman tempat tidur. Ianya bukan merujuk tempat tidur manusia tetapi lebih kepada tanaman khas. Tempat khas yang kita buat khas untuk menanam sayuran. Sebelum kita tanam, kita sediakan tapak semaian yang bersesuai kemudian kita sediakan sekali tanah baja di dalamnya. Mudah cerita bila kita tanam sayur-sayuran akan hidup subur. 

Sebenarnya dalam membuat bed garden ini pun memerlukan kos yang agak tinggi Kerana itak perlu sediakan tapak semaian, dinding semaian dan juga baja. Pada masa yang sama kita boleh juga sekat pertumbuhan rumput. Biasanya rumput yang tumbuh lebih banyak menggunakan baja yang kita letak pada tanaman.























































































Aktiviti hari ini baru bahagian pertama kerana kami baru buat tapak semaian sahaja. Bahagian kedua akan bermula esok in Shaa Allah.

Hari ini kita belanja gambar-gambar yang berjaya diambil sepanjang aktiviti hari ini. 





Post a Comment

0 Comments