Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Menu sihat -Cornflakes Madu menggunakan Gula Kelapa OCOC sesuai untuk kudapan anak-anak di rumah!

 Bismillah. Alhamdulillah.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Kudapan petang tadi. 10 Januari 2021

Cornflakes madu merupakan kudapan yang paling digemari oleh anak-anak saya. Cuma saya perasan selepas anak memakannya, anak-anak jadi lasak, tak reti duduk diam, rasa macam jadi hyperactive. Saya perasan begitulah keadaan yang perlu saya hadapi. Lagi penat bila anak yang mahu masuk umur 2 tahun melompat lompat atas katil tidak mahu tidur walaupun jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Ibu mana yang rasa tidak letih. Sedangkan siang hari sudah penat dengan urusan kerja rumah , malam pula tidak dapat tidur awal dek kerana anak-anak buat hal.,

Saya bermuhasabah mungkin dek kerana saya menggunakan gula putih menyebabkan anak-anak saya bersikap begitu. Jadi saya mendapat solusi terbaru, saya menukarkan resepi ini daripada gula putih kepada gula kelapa jenama OCOC. 

Sebenarnya dalam masakan harian juga saya biasa menggunakan gula kelapa. Biasanya saya guna nise/gula Melaka. Nise ni berbentuk pepejal bulat. Bezanya saya gunakan masakan berkuah seperti kari, tomyam dll cuma belum cuba dalam pembuatan membuat kek/biskut.

Resepi kali ini saya gunakan gula kelapa OCOC keluaran Dr Rizal. Baunya sangat harum. Anak saya si Amin cakap rasanya seperti gula-gula.

Nice packing
1kg- rm45
Harga pun boleh tahankan.
Untuk sihat mental fizikal kita ikhtiar mana yang baik. 
Kita pun bukan makan gula ini macam sepinggan nasi. Kita guna bila perlu sahaja. Hehehe


Lihatlah warna dia .
Cun macam pasir. 
Bau dia harum sangat...

Saya dapat free gift banyak. TQ seller moga dimurahkan rezeki selalu..aamin


Niat awal nak beli dengan kawan memandangkan ada beberapa halangan (covid-19) . Jadi tangguh dulu untuk berjumpa dengan orang luar. Akan datang InshaaAllah. 

=================================
CORNFLAKES MADU GULA KELAPA OCOC
=================================

Bahan

+/- 400 gram cornflakes (Saya guna jenama Nestle)

3 sudu besar gula kelapa

2 sudu besar marjerin/butter (saya guna butter anchor)


Cara


1. Cairkan butter dan gula kelapa OCOC di dalam kuali. Tunggu sehingga nampak buih keseluruhannya.


2. Masukkan cornflakes. Gaul sehingga sebati.



3. Masukkan madu secukupnya.

4. Tutup api

5. Siap untuk dihidang.

6. Dah sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara.


Cadangan hidangan lain

Cornflakes Madu ini boleh dimakan dengan keju mahupun Nestum. 

Anak-anak saya gemarkan kudapan cornflakes Ini ditaburkan bersama keju/cheese.


Galeri anak-anak menikmati cornflakes Madu gula kelapa OCOC yang ditaburi keju /cheese

simpan kenangan di sini. Dulu saya simpan di Google +. Bila Google + dah stop kan perkhidmatannya saya rasa perlu simpan "moment indah" ini di blog sendiri. 

Sejujurnya akan timbul rasa rindu zaman besarkan anak-anak. Walaupun kini mereka masih berumur antara 2-12 tahun. Rasa keibuan membesarkan mereka masih terasa. Rasa belum puas mendidik mereka, bersama mereka, ketawa bersama, main bersama, bergurau senda. Moga kita dikumpulkan dalam syurga yang sama. Aamin..






Rasa seronok anak berebut makan bersama di pinggan/talam. Alhamdulillah.😋😘


Saya selitkan sekali khasiat gula kelapa keluaran OCOC ini. Moga ia membantu mereka yang mencari info.



Selamat mencuba. Moga ianya mendapat manfaat bersama. 😘Alhamdulillah, Si kecik Amany dah tidur awal malam ini. Hihi..😘

Post a Comment

0 Comments