Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pokok Herba - Ulam Raja

 

Pokok Herba - Ulam Raja


Ulam raja juga dikenali sebagai bunga Cosmos. 
Pucuknya sahaja bukan sahaja sedap dibuat ulam tetapi bunganya juga dapat menarik perhatian kelulut untuk menghisap madu.

Warna bunga yang cantik juga menarik mata untuk melihatnya tanpa jemu. 

Ulam raja juga mempunyai khasiat dalam kaitannya dalam merawat kanser. Sejauhmana keberkesanan kita kaji lagi bagi mereka yang pernah mencubanya.

Apa yang pasti sejarah nenek moyang kita hidup lama dan sihat tanpa sakit kronik dengan mengamalkan ulaman seperti ulam raja. 

Baunya pula agak kuat dan pelik. Pucuknya biasanya dijadikan ulam dan sedikit berbulu. 

Galeri Ulam Raja
























Pembiakan

Pokok ulam raja sangat mudah tumbuh. Biasanya ia dibiakkan melalui biji benih. Ia boleh didapati daripada bunga yang telah kering. 




Semaikan dengan taburkan sahaja  ditanah pasti ianya akan mudah tumbuh dan membiak dengan banyak.

Cadangan hidangan masakan

Untuk ulam raja biasanya masyarakat melayu suka memakan pucuk muda ulam raja mentah dan dicicah dengan sambal belacan. Rasanya pasti enak sekali 

Kesimpulannya, Sehingga kini saya masih memikirkannya mengapa ia diberi nama ulam raja. Mungkin kerana bunganya seperti bentuk tahta (mahkota) atau kelebihan ulam raja yang dapat memberi manfaat kepada manusia. allahu'alam







Post a Comment

0 Comments