Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

RESEPI BROWNIES COKLAT BERYL'S YANG SEDAP LAGI MUDAH DISEDIAKAN

Bismillah.

Antara kek yang paling banyak saya buat sepanjang tahun ialah Brownies. Pada saya ianya sangat dibuat kerana resepinya yang mudah.

Cuma cara orang membuat brownies ada berbeza. Mengikut kepakaran dan pengalaman seseorang. Semakin lama anda mencuba, semakin terbaik hasil yang anda akan dapat. Pengalaman baking tidak dapat dijual. Anda yang melihat sendiri akan perkembangan dan kemenjadian brownies tersebut.

Ada resepi yang sekali cuba terus jadi.  Biasanya ianya bergantung kepada teknik yang digunakan bagi memastikan kemenjadian brownies simple terus jadi.

Tidak dapat dinafikan, kita menggunakan resepi yang sama tapi hasilnya berbeza. Walaupun kadang buat brownies ada masa ianya tidak menjadi. Tidak tahu mengapa silapnya. lagi lagi bila lama tidak membuatnya 

Oklah,hari  ini sis aster nak kongsikan cara membuat brownies simple terus jadi in Shaa Allah. Yang penting anda mesti sudah biasa dengan sukatan membuat kek. 

Untuk yang pertama kali mungkin ambil masa untuk memahamkan resepi ini. Tapi tidak mengapa , jika anda tidak cuba, anda tidak tahu hasilnya. Bak kata pepatah,
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.



RESEPI BROWNIES COKLAT BARLEYS

Oleh: Sis Aster 🌼🌻

Bahan A (cairkan)

180 gram coklat compound beryl's
95 gram majerin/butter
40 gram serbuk koko

Bahan B (diayak)

110gram tepung gandum
1/4 sk baking powder

Bahan C (di pukul manja)

2 biji telur 
Esen vanila
180 gram gula castor


Caranya :- 

Cairkan Bahan A dengan kaedah double boiling.
( cara mudah yang sis aster biasa gunakan, gunakan kuali di rumah, kuali tadi isikan air. Didihkan air tadi kemudian matikan api. Bahan A diletakkan di dalam bekas yang mudah untuk kita cairkan atas kuali yang berisi air tadi)

Kemudian Pukul Bahan C dengan menggunakan garfu ( tak perlu beria sangat). kemudian masukkan Bahan B Sedikit demi sedikit.

Campur Bahan A + (C + B) 
Sebaiknya adunan tadi dipukul sebati. Boleh gunakan sudu.

Taburkan hiasan mengikut citarasa.

Untuk Hiasan

boleh taburkan badam @ choc rice utk topping. Ikut citarasa masing-masing. Nak biarkan kosong pun tak mengapa. Kalau kosong boleh nampak kedutan brownies di atas. Keluarga sis suka letak badam flakes. 

Info tambahan

Pastikan adunan dipukul sebati supaya struktur brownies tadi menghasilkan brownies yang cantik.
Jika ianya nampak kilat dan likat menunjukkan tanda ianya brownies yang bakal menghasilkan struktur cantik pada permukaan brownies.

Saya guna loyang 10x 10. Nampaklah leper sedikit. Kalau masukkan dalam loyang 9x9 atau 8x8 boleh juga.. cuma brownies tu akan nampak tinggi.

Panaskan oven dalam 5 minit kemudian 
Bakar dlm masa 30-40minit. Suhu 170'C mengikut oven masing2 (kena pandai-pandai adjust) Kalau macam sis kadang dah lama panaskan kena kurangkan minit memasak itu . 

Tips nak pastikan brownies masak. Cucuk dengan garfu. Jika ada yang masih melekat tandanya brownies belum masak sepenuhnya.

Semasa nak potong semasa suam kuku, kalau dah sejuk nanti ianya akan menjadi keras. 
Sebab itu  keluargasis suka di makan waktu panas.

sis aster harap brownies simple ini sesuai untuk dijadikan kudapan keluarga anda. Moga ianya bermanfaat dan selamat mencuba. 😘


Koleksi brownies yang pernah buat suatu ketika dahulu










Permukaan brownies nampak cantik.

Contoh brownies yang kurang menjadi




Permukaan nampak pecah dan warna tidak likat. Nampak kering.





Post a Comment

1 Comments

  1. In this information, we’ll evaluate the ten greatest real money blackjack cell websites in 2022 and present you how to to|tips on how to} start enjoying in} blackjack on the go today! We’ll additionally talk about every little thing you need to|you should|you have to} know about blackjack apps. You initially obtain two cards, and you'll be dealt as many further cards as you would like to|you want to}. The objective is to get closer to 21 with out going over than the vendor does. All numeric cards are price the|definitely value the} number on them, all face cards are value 10, and As may be value both one or 11, whichever choice provides you the very best total 1xbet korea with out exceeding 21. The very best hand is being dealt blackjack, which is an A combined with a ten or a face card.

    ReplyDelete