Bismillah
Alhamdulillah
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Ini cerita 3 minggu lepas Ammar Ziqry (anak buah) berkhatan. Mak Long (kakak saya) buat cheese tart dirumahnya. Balik rumah, anak-anak bercerita kepada saya, sedapnya wakna buat .. lama mami tak buat.
Hahaha...gelak besar saya dengar cerita anak-anak saya ini.
Benarlah kata anak-anak, kalau lihat Google photo last membuatnya tahun 2016. Masa Afrina berumur 2-3bulan. Yang tolong buat crust tart Ammar yang berumur 2-3 tahun. Kenangan betul bila melihat gambar tersebut.
Bila anak-anak asyik menyebut macam zikir dan meminta macam berdoa, mak manalah yang tak sampai hati (orak mentolo kerunguk ney) hahaha..
Gigih jugakla membuatnya. Alhamdulillah..anak-anak menolong membuat crust. Bab crust itu rasa malas benar membuatnya, rasa macam nak beli yang siap je..tapi tak membeli pulak. Haha
===============
CHEESE TART BLUEBERRY
===============
Bahan untuk crust /mangkuk tart
1 biji telur gred C/B
290 gram tepung gndum
50 gram gula castor
170gram majerin
Cara
1- Pukul majerin dan gula sehingga sebati.
2- Masukkan telur dan sedikit esen vanila. Pukul sehingga adunan sebati.
3- kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
( Semua bahan tadi saya pukul menggunakan Bread Maker Pensonic Chef's Like yang menggunakan Chef Ismail sebagai Duta. Saya pilih no.11 -raw rough- biasanya ia menguli selama 23minit. Cuma saya guna selama 15minit sahaja.
Sekiranya anda mempunyai mixer anda boleh menggunakannya. Boleh juga menggunakan tangan untuk menguli).
4 - Acukan adunan tadi di bekas mangkuk crust. Cucukkan crust menggunakan garfu di bahagian tengah dan tepi crust. Cucuk tidak perlu terlalu dalam sekadar untuk memberi pengudaraan. (Maaf,gambar diatas saya lupa nak ambil gambar yang dicucuk garfu)
5- Bakar selama 40minit.160'c mengikut oven masing-masing
6- Keluarkan dari bekas acuan. Biarkan sejuk diluar seketika.
7- Masukkan bekas kedap udara supaya tidak masuk angin.
Filling Cream Cheese
Bahan
250 gram Cream Cheese (Saya guna jenama Tantura)
1biji telur Gred C (Kalau terlebih telur adunan akan jadi lembik, so kat sini boleh agak-agak jika terlebih)
Sedikit Esen Vanilla
50 gram gula castor
Cara
1- Pukul cream cheese smpi fluffy tapi tak perlu beria sangat.
2- Masukkan gula, dan pukul sehingga sebati.
3- Masukkan telur.
4- Masukkan sedikit esen vanilla.
Cara masukkan crust dan filling cheese tart
1- Isikan sedikit jem blueberry ke dalam crust/mangkuk tart
2- kemudian letakkan filling cream cheese tadi keatasnya sehingga menutupi jem blueberry tadi. Boleh gunakan plastik kemudian gunting dihujungnya.
3- Ulang no.1-no.2 sehingga siap.
4- Boleh lorekkan dengan sedikit jem blueberry di atas cheese tart tadi menggunakan pencungkil lidi yang bersih.
5- Bakar dalam oven selama 5-7minit. Suhu 160'C mengikut oven masing-masing.
Maaflah kami buat agak comot masih amatur. Semua yang tolong buat crust dan isi filling adalah anak-anak. Mami tolong beri tunjuk ajar sahaja. 🤗😉😊
Galeri Cheese Tart
Koleksi gambar cheese tart yang pernah buat sebelum ini sambil mengimbau kenangan membuatnya bersama Amin (anak sulong yang kini berumur 12 tahun). Alhamdulillah.🥰
Info tambahan
Untuk memberikan ketahanan pada cheese boleh simpan dalam chiller supaya cheese tidak cepat masam.
Untuk menjadi crust sedap dan wangi boleh campurkan sedikit pure butter. Jangan banyak sangat kalau guna butter nanti crust cepat rapuh.
Membuat cheese tart memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana ia juga memerlukan kekemasan dalam membuatnya. Ia juga bergantung kepada effort atau kesungguhan yang kuat. Packing perlu bersesuaian supaya cheese tadi tidak terkena pada bekas. No wonder lah cheese tart ini dijual dengan harga yang mahal. Kerana rupa cheese tart yang cantik juga menjadi daya penarik untuk orang membeli dan memakannya.
Memakan cheese tart boleh mengambil masa lebih kurang dari seminit sahaja mana mungkin membuatnya sama seperti memakannya..hahaha
Itu belum bab kemas dan membasuh bekas crust.hihi.
Enjoy cooking,😉🤗 but must remember the secret ingredient is always love.😋😘
Selamat mencuba 😘
0 Comments