Biasanya kalau nak masak stim seeloknya menggunakan ikan besar supaya hidangan tersebut menyelerakan.
jomlah kita lihat resepinya. Memang paling senang dan mudah. Kenapa saya tanya senang dan mudah? Sebab memasak kita boleh berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
==================
Resepi Ikan Siakap Masak Stim ala Thai
===================
Bahan
-ikan siakap yang telah dibersihkan. Boleh lumurkan dengan air asam untuk hilangkan hanyir ikan.
- sebiji bawang besar dipotong
- 2 ulas bawang putih di potong
- gula putih@ guna nise@ gula kelapa. Nak sedap lagi guna Thai Plum sugar
- Serbuk kunyit
-Garam
-Sedikit Sos ikan (kalau terlebih ianya akan jadi masin)
-Serbuk pati limau ( jika tiada, boleh juga gunakan perahan air limau atau asam jawa)
Hiasan:-
- Daun Ketumbar
- Tomato ceri
Caranya:-
1- Sediakan bekas besar yang sesuai dengan saiz ikan tadi. Saya guna loyang buat kek saiz 8x8.
2- lumurkan ikan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit kemudian masukkan bahan-bahan lain yang disebutkan diatas.
3- Kemudian, masukkan dalam bekas pengukus. Boleh guna pengukus dapur gas atau pengukus letrik. Dalam 10-15minit. Bergantung cara anda kukus, didihkan air dulu pun boleh. Masa dalam 5-10minit. Tapi kalau air belum didihkan ambil masa 10-15minit. Kalau rasa ikan itu dah bertukar warna dan lembut. Boleh padamkan api/letrik.
4- untuk hiasan letakkan tomato ceri serta taburkan ketumbar yang telah dipotong halus. Ia akan membangkitkan rasa ikan tadi bagi mereka yang suka ketumbar. Jika anda tidak suka boleh skip.
Selamat mencuba.😘
0 Comments