Assalamualaikum.. Salam Ramadhan Kareem 1442H,
Kita hampir masuk 10 malam terakhir, gunakanlah peluang yang ada untuk mencari malam lailatul Qadar. Sesungguhnya malam lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Bayangkan amalan yang kita perolehi jika menghidupkan malam lailatulqadar.
Perkara yang dianjurkan sepanjang Ramadhan antaranya ialah:-
- Membaca Al-Quran- Zikir
- Tahajjud
- Banyakkan bersedeqah
Doa yang disarankan sepanjang Ramadhan :-
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنى
Allahumma innaka 'afuwwun karimun tuhibbul 'afwa fa'fu anni
Tips menghidupkan malam Al-Qadr :
1. Usahakan untuk hidupkan setiap malam akhir bulan ramadhan dengan amal soleh2. Beriktikaf setiap kali masuk masjid: sempurna.
3. Menjaga solat fardhu maghrib berjemaah.
4. Antara maghrib isyak, isi dengan amal. Baca quran, zikir, solat sunat.
5. Jaga solat fardhu isyak berjemaah.
6. Usahakan untuk solat sunat terawih sehingga habis selesai (solat Isyak berjemaah ➡️ Solat Terawih berjemaah➡️ Solat witir). Di rumah boleh sambung solat sunat yang lain.
7. Kalau ditanya mana lebih afdal : solat terawih/tahajud? Jawapan adalah solat terawih. Sebab terawih jugak adalah part of qiam. Hanya ada di bulan ramadhan sahaja.
8. Bersedekah. Sedekah tak sikit pun kurangkan harta. Lagi kita tak ada duit, lagi kita bersedekah. Sebab semua yang kita ada belum tentu rezeki kita. Semua hak Allah. Dia berhak untuk bagi kepada sesiapa-melalui sesiapa sahaja.
9. Kurangkan perkara2 yang tak bermanfaat. Banyakkan zikir, membaca alquran, berdoa. Tips: iktikaf di surau/masjid. Sebab dekat rumah mudah terdedah kepada perkara tak bermanfaat.
10. Usahakan untuk jangan tinggal sahur. Niat sunnah nabi SAW. Bangun lebih awal. Sekurang kurangnya usaha untuk tahajud/ qiam.
11. Tingkatkan amalan. Kalau selalu tahajud 2 rakaat, tingkatkan 4 rakaat. Kalau selalu baca quran 2 pages, baca 4 pages.
12. Bahagikan masa untuk quran.
13. Kena berdoa banyak2. Yakin dengan doa. Doa yang kita faham. Kalau dalam bahasa melayu lebih baik. Dalam bahasa arab, make sure kita faham maksudnya. Nak doa kena ada pujian kepada Allah, kena ada selawat ke atas nabi SAW. Doa yang kita faham, buat kita lebih dekat dengan Allah.
14. Jangan tinggal solat sunat fajar (solat sunat sebelum subuh). Sebab dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari seisi dunia.
15. Jangan tinggal solat subuh berjemaah.
16. Kurangkan masa pergi bazaar, mall, pada waktu malam. Jangan sia siakan malam ramadhan. Habiskan masa untuk beribadat kepada Allah.
Tanda2 malam Al-Qadr : Matahari memancarkan cahaya yang terang di waktu pagi nya, tapi tak menyakitkan mata. Nampak seperti berkabus.
Mencari malam al qadr, bukan dengan mencari tanda-tanda Al-Qadr. Sebaliknya, menghidupkan malam al qadr. Tiada sorang pun boleh pastikan malam al qadr. Semua rahsia Allah.
Suasana sangat lain di malam ramadhan, di akhir ramadhan, banyak dugaan. Yang tinggal, hanya yang terpilih. Jangan sia siakan 10 malam terakhir.
Credit to : Instagram Jentikhati
Berdoa Untuk 10 Malam Terakhir Semoga Dimakbulkan Allah SWT.
Bahagian 1 – Pengampunan Dosa
1. Minta ampun ke atas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa
3. Minta ampun ke atas dosa pasangan
4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak.
5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik)
6. Minta ampun ke atas dosa guru2/ustaz/ustazah
7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)
Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan
1. Dimurahkan rezeki
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga
3. Anak-anak diperlihara oleh Allah
4. Minta rezeki diberkati
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita
9. Dijauhkan dari orang yg dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita
Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian
1. Mohon Mati dalam husnul khatimah
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah”
4. Minta mati sedang dalam beribadah
Bahagian 4 – Alam Barzakh
1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga
Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar
1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar
2. Jadikan aku orang yang duduk dibawah perlindungan arashmu
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar
4. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan
5. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab2 amal
6. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosaku yang dulu aku lakukan di tayangan amal
7. Tutup dan lindungilah aib-aibku,dosa-dosaku dan kesilapanku dulu
8. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku
9. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.
Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat
1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.
Bahagian 7 – Masuk Syurga
1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.
Ameen ya rabal alamin.❤
Credit to : Fb Mohd Firdaus Mat Saat
0 Comments