Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Alhamdulillah .. Hasil Dusun Abi - Menuai Hasil pertama Pisang Cavendish. Buat cenkodok pisang dan Masak Bubur Pisang bersama keledek dan jagung. Sedap manis!

Pengenalan 

Alhamdulillah. Post Kali ini agak lebih borak-borak santai .



Ahad baru ini, Pisang Cavendish telah masak di pokok. 

Alkisahnya, Abi perasan, ada beberapa pisang telah gugur di atas tanah. Rupa-rupanya ada beberapa ulas pisang yang telah masak. 

Alhamdulillah, inilah kali pertama kami merasai pisang cavendish yang telah ditanam sendiri oleh Abi (suami). Benih pisang ini Abi(suami)di  Shopee. 



Ada yang memanggil pisang ini dengan nama Pisang Embun dek kerana kulit pisang ini kelihatan masih hijau walaupun sebenarnya ianya sudah masak. Sejujurnya ianya sangat sedap dimakan begitu sahaja. 

Yang tidak mengenali pisang ini, pisang ini memang besar. Tandan sangat besar. Melihat Jantungnya sahaja kita boleh agak akan kebesaran pisang tersebut.

Kebiasaanya, apabila pisang ini sudah mengeluarkan jantung, kemudian akan mengeluarkan buah. Seeloknya, pokok pisang ini di"jagak" atau "ditahan" dengan batang/buloh supaya pokok pisang ini tidak mudah patah. Biasanya buah yang keluar akan banyak dan secara tidak lansung akan memberi bebanan kepada pokok pisang tersebut.

Pisang ini biasanya dijual di pasaraya, kalau ada yang perasan, pisang ini dijual akan nampak kuning sekata. Memang nampak cantik sangat. Biasanya dipasaraya, mereka akan letak "karbait "supaya pisang masak kuning cantik.

Pengalaman sendiri merasai pisang cavendish ini rasanya memang sangat manis. Boleh dikatakan "manis leting" bila sudah masak. Ada juga yang warna kehijauan bila ditekan agak lembik tanda menunjukkan ia sudah masak cuma warnanya tidaklah kuning nampak  cantik seperti di rak pasaraya.

.

Pisang yang telah masak boleh dimakan terus begitu sahaja. Boleh juga dibuat cenkodok,lepat, bubur dan sebagainya. Manakala, yang masih hijau disimpan terlebih dahulu sehingga nampak kekuningan. Selepas itu, bolehla di goreng atau sebagainya.

Harga pasaran 

Pisang ini tentunya ada harga yang lumayan kerana jika dilihat pada bentuk rupanya sahaja dapat menarik manusia untuk memakan lantas membelinya.

Jika dilihat pada faktor lain, bila ia diletakkan di suatu tempat yang sesuai dengan harganya contohnya di pasaraya besar , ia bermakna harganya tinggi dan insya mendapat sambutan orang ramai untuk membelinya. Bezanya, kita kenalah pandai memasarkan hasil pertanian kita. Jika sekadar untuk makan sendiri, memang tidak habis makan setandan anak-beranak. Sebaiknya, disedekahkan kepada jiran tetangga. Apa tidaknya, jiran yang lalu lalang juga ada yang bertanyakan khabar pisang yang berbuah kerana nampak jelas, nyata dan terang terlihat ditepi jalan. Kira sudah jadi hukum wajib untuk beri kepada jiran . Tidak rugi kita berkongsi rezeki. Malah, Allah akan tambah rezeki kita dan keberkatannya insyaAllah.


Maksud Pisang Cavendish menurut WIKIPEDIA

Pisang Cavendish adalah buah dari salah satu daripada sebilangan besar kultivar pisang yang tergolong dalam subkumpulan Cavendish dari kumpulan kultivar pisang AAA. Istilah yang sama juga digunakan untuk menggambarkan tanaman di mana pisang tumbuh. Mereka termasuk kultivar yang penting secara komersial seperti 'Dwarf Cavendish' dan 'Grand Nain'. 


Cara Mudah Menebang Pokok Pisang



Suami juga ada berkongsi tip cara mudah untuk menebang pokok pisang. Caranya adalah dengan mencucuk bahagian leher batang pokok pisang supaya pisang tadi dapat mengeluarkan air. 

Bila air sudah keluar, barulah kita kerat bahagian batang pisang tadi. Supaya apabila kita tebang dengan yang elok , buah pisang tadi tidak akan rosak. 

Kebarangkalian, untuk pisang rosak amat tinggi jika cara pemotongan pisang tidak betul. Ia secara tidak lansung akan memberi kesan buruk kepada buah tadi dan juga emosi si petani (penanam). 

Selepas itu barulah pisang tadi di potong mengikut sisir. Untuk memotongnya perlulah menggunakan pisau yang lebih kecil supaya pisang tadi dipotong dengan bentuk siri yang cantik tanpa rosak dan bercerai daripada sisir yang sama. 

-------

Mengintai pokok pisang lain yang baru nak mengeluarkan putik pisang.


Selain daripada aktiviti menuai hasil pisang cavendish. Saya juga sempat berdonut. Resepi kali ini kita buat sedikit kelainan. 


ANTARA MENU PISANG CAVENDISH

Cenkodok pisang





Bubur pisang dimasak bersama jagung dan keledek. Manis dan sedap. 





Post a Comment

0 Comments