Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Resepi AYAM MASAK KICAP Inspired by Limau Nipis

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah ,  Tahniah! Bagi mereka yang telah berjaya melaksanakan puasa 6 di bulan syawal. Yang belum bermula masih sempat lagi untuk berpuasa, jangan berputus asa selagi kita belum mencuba. Hari yang berbaki kita gunakan peluang yang ada untuk merebut pahala yang berlaku setahun sekali sahaja.

Bila berpuasa di bulan syawal, perkara yang biasa akan terjadi kepada semua hanyalah buntu untuk memasak juadah berbuka puasa. Sebenarnya, perkara ini berlaku kepada semua suri rumah. 

Hari-hari biasa pun para ibu sudah memikirkan menu untuk anak2, bila memasak menu sarapan, sudah memikirkan menu untuk makan tengahari. Begitulah seterusnya... Bermakna kita perihatin dengan isi perut anak2 hasil air tangan kita sendiri. Kita masak, kita hidang, kita makan. Pinggan mangkuk dan cawan minta jasa baik anak tolong cucikan. 

Sebenarnya dah lama tak masak menu masakan kicap, sebenarnya anak-anak lebih gemarkan ayam masak sambal. Memang kesukaan (favourite) mereka. Menu berbuka dan bersahur ada masanya mahu juga bersambal. Gigih juga untuk menyediakannya. 

Sebagai ibu, ingin meraikan anak-anak yang baru belajar berpuasa, jadi segala keinginan diturutkan selagi boleh. Alhamdulillah, anak-anak biasanya sepintas mengucapkan "Alhamdulilah! Terima kasih Abi Mami". Kami sebagai ibubapa memberi tahu rezeki makanan ini daripada Allah. Abi berusaha untuk mendapatkannya. Mami pun berusaha untuk memasaknya. 

Untuk menu berbuka puasa, saya memilih ayam masak kicap. Kadang bila lama tak masak. Tak ingat bahan apa yang dapat menambahkan selera untuk memakannya. Sejujurnya, rindu dengan masakanya ayam masak kicap kenduri masa kecil-kecil. Dalam masyarakat orang jawa, ada masanya masakan ayam masak kicap disajikan bersama nasi ambeng.

Tapi menu kali ini saya nak simple sahaja kerana saya juga mengambil kira bahan yang sedia ada di rumah.

Resepi ini saya ikut cara Limau Nipis cuma saya tak gunakan buah tomato sebab tomato tidak dirumah. Tunggu tomato Dusun Abi mengeluarkan buahnya nanti saya cuba tiru resepi sepenuhnya oleh Limau Nipis. Untuk nampak menarik saya juga gunakan cili besar sebiji nak bagi menarik Ayam Masak Kicap ini.

Kena saya cuba Limau Nipis? Sebab masa bulan puasa rancangan Limau Nipis banyak keluar di TV AL-HIJRAH.  Satu resepi pun tak cuba, Syawal ini baru nak mencuba.. hihi




RESEPI AYAM MASAK INPIRED BY LIMAU NIPIS

Bahan-Bahan

Ayam setengah ekor 

1 labu   Bawang besar 

5 -6 cili Siam 

2 sudu Kicap manis

Sos tomato

Sos cili

Sedikit kiub ayam adabi

Cara-Cara

1. Basuh bersih ayam. Biasanya saya letak tepung gandum sedikit untuk hilangkan hanyir 

2. Kemudian, gaulkan ayam tadi dengan garam dan serbuk kunyit.





3.  Goreng ayam tadi separuh masak. (Sementara ayam nak masak ini saya singgah Kebun Mini Dusun Abi untuk memetik cili siam)




4. Potong membulat bawang besar, tumbuk kasar cili Siam dan tumis bahan tersebut sehingga naik bau.

5. Masukkan 1 sudu sos tomato



6. Masukkan 2 sudu sos cili.



7. Masukkan 2 sudu kicap.



8. Masukkan kuib ayam Adabi. Saya tak masukkan garam kerana pada awal tadi dah goreng ayam dah letak garam. Kicap dan sos juga sudah memadai rasanya. 



8. Gaul sehingga sebati. Tutup api..sedia untuk dihidang. 



Alhamdulillah.. resepi ini memang mudah dan ringkas. Memang sedap. Anak-anak saya sukakannya, cuma ayam masak kicap ini kurang berair jadi anak-anak saya terpaksa menyudu untuk mendapatkan kuahnya. Lepas ini mungkin saya boleh lebihkan air dan bahan-bahan lain untuk bagi hidangan ini lebih berkuah. 

Setiap manusia, mempunyai selera yang berbeza, jangan mudah untuk menghakimi seseorang yang penting usaha kita untuk memasak hidangan keluarga itu bersih dan halal. 

Percayalah, jika ibu memasak dengan hati gembira serta disulami zikir dan salawat. Masakan para ibu akan menjadi lebih sedap. Tak kira apa kekurangannya . Pada mata anak-anak itulah yang terbaik untuk mereka. 

Jika, ibu memasak dalam keadaan marah, sedih.. percayalah masakan kita tadi rasa seperti perasaan dalam hati kita. 

Hati ini pun sedang berbunga kerana pertama kali melihat buah timun buah. Moga Timun sulong ini membesar dengan baik hendaknya. Aamin



The secret ingredient is always love. 


-

Post a Comment

0 Comments